Sama ada UMNO atau PAS apa yang penting ialah kejujuran dalam melakukan sasuatu tindakan. Setiap program yang dilakukan mestilah ikhlas dibuat kerana mencari keredaan Allah swt bukan untuk menyaingi satu sama lain. Saya yakin jika sesuatu itu dirancang dan dilakukan oleh PAS ianya ikhlas demi mencari keredaan Allah swt selaras dengan dasar perjuangan parti itu. Namun syaitan sentiasa saja mencari ruang untuk memperdayakan dan menyesatkan manusia. Baru ni saya ikuti satu majlis ilmu anjuran satu jemaah (bukan parti politk). Satu kisah diceritakan bagaimana ? Saidina Umar ra. yang tiba di satu majlis dan ramai yang sedang menunggu ketibaan nya tapi apabila tiba di majlis itu beliau menggantung kasut ditengkuk nya. Tentulah dianggap hina kerana kasut digunakan bagi melapik kaki. Perbuatan itu ditegur oleh para sahabat lain. Jawab Saidina Umar "kita dulunya adalah kaum yang hina tetapi Allah telah mengangkat mertabat kita". Kata -kata Saidina Umar itu ialah bagi menginsafkan para sahabat agar jangan mudah lupa diri. Begitu lah juga dengan UMNO yang Allah telah berikan kuasa lebih dari 50 tahun memimpin negara tapi semakin lama mereka berkuasa mereka semakin angkuh dan jauh daripada melaksanakan amanah Allah swt. Mereka pernah istihar parti mereka adalah ? ketiga parti Islam terbesar di dunia !! Namun dengan kuasa yang Allah amanahkan kepada mereka, mereka lebih mementingkan habuan dan kedudukan pada masa yang sama memusuhi perjuangan Islam bukan sekadar dalam arena politik negara bahkan politik budak-budak di kampus-kampus IPT. Mengapakah begitu benci mereka kepada perjuangan budak-budak yang cintakan Islam bahkan ? kanak-kanak PASTI. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sun, 1/25/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Pemuda UMNO Raub sokong PAS! To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, January 25, 2009, 8:19 PM Oleh ANAK SRIKANDI Agak pelik apabila membacakan TAJUK di atas kan? Tetapi lebih pelik apabila terbaca artikel kenyataan Ketua Pemuda UMNO Raub, Aris Fadzilah Abu Samah, yang menyokong konsep dan pendekatan PAS dalam usaha membajai jiwa golongan muda. Artikel bertajuk “Ambil Berat Pandangan Bahagian” oleh Abdul Rahim Sabri pada 12 Januari jam 12.26 tengah hari itu disiarkan dalam laman Malaysiakini yang menyebut Aris Fadzilah SETUJU dengan kejayaan PAS menarik tumpuan golongan muda. Selanjutnya dalam: http://www.sidangon line.net/ v3/?p=1171
