Kenyataan Media : Demontrasi membantah serangan terbaru Israel dan 
konsert Rihanna


Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan satu 
demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd Aziz pada 6 
Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert Rihanna berikutan 
serangan terbaru Israel di Gaza.
 
Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum  bantahan, 
walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama 
enggan membatalkan konsert ini.
 
Serangan terbaru Israel di Gaza yang disokong oleh Amerika seharusnya mendapat 
perhatian seluruh rakyat Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika 
termasuklah artis mereka seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius.
 
Oleh itu pemudawilayah mengajak NGOs seperti JIM, ABIM, Hizbu Tahrir, GPMS, 
Aman Palestine, Dewan Pemuda Masjid, PPIM, Pewaris, Gamis, SMM, GMI, Jerit, 
Food Not Boms dan sebagainya termasuk pemimpin parti-parti politik untuk turun 
bersama bagi mendesak pihak Celcom membatalkan konsert Rihanna.
 
Seandainya konsert Rihanna berjaya dibatalkan, dijangkakan ianya akan 
memberikan satu liputan meluas diseluruh dunia bagi mengambarkan seriusnya Umat 
Islam memboikot produk dari Amerika.
 
Oleh itu kesatuan NGO dan pemimpin politik amatlah dialu-alukan bagi memberikan 
tekanan kepada Amerika untuk menyekat serangan tentera Israel di Gaza yang 
sekarang ini telah mencabuli penjanjian gencatan senjata yang di umumkan bulan 
lepas.
 
Tindakkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang baru-baru ini 
memalukan Presiden Israel, Simon Peres di Davos seharusnya disambung dengan 
usaha memboikot segala usaha yang ada kaitan dengan Israel termasuklah konsert 
Rihanna ini.
 
Sekian. Terima kasih.
 
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


      

Kirim email ke