Dato Hj Mohd Murtadza bekas Mufti Negeri Sembilan telah lama dianiaya oleh
mereka yang bencikan Islam dari kalangan orang Melayu sendiri. Apa yang mampu
Dato Hj Mohd Murtadza boleh buat hanyalah mengadu pada ALLAH swt. Dato Hj
Murtadza juga mengajarkan anak-anak muridnya khusus ditujukan kepada mereka
yang menganiayai beliau. Beliau mengajar anak-anak muridnya membaca setiap kali
selepas solat fardu 10 kali ayat 54 Surah Al Imran.
Wamakaru wamakarallah , wallahu khairul makirin ( Orang-orang kafir itu membuat
tipu daya , dan ALLAH membalas tipu daya mereka itu. Dan ALLAH sebaik-baik
pembalas tipu daya ) Ayat 54 Surah Al Imran.
Justeru itu kita semua yang prihatin apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini
boleh mengamalkan zikir ini setiap kali selepas sembahyang.
Semoga ALLAH swt memberi balasan yang sewajarnya kepada mereka yang menganiaya
dan memfitnah Dato Hj Mohd Murtadza.
Disamping zikir tersebut , kita pohon pada ALLAH swt melalui solat hajat dan
munajat agar , Negeri Sembilan akan dapat Menteri Besar yang baru.
Ya ALLAH gantikanlah Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang ini dengan
Menteri Besar yang cintakan MU dan Rasul saw , cintakan Islam dan para ulama ,
kasihkan umat dan rakyat serta tawadhu. Amin Ya Rabbal Alamin.