Nasaruddin cipta rekod pelompat terpantas negara05 Feb 2009 12:13AM

 
BERBANDING tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri
Perak kerajaan campuran barisan pembangkang Perak yang sudah isytihar
nak jadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional, pada
awalnya kelibat ADUN kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dicelah-celah
sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di
tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya petang Rabu
mengejutkan para wartawan yang hadir.

Ini kerana sebelum ini
tiada siapa yang sangka beliau akan lompat balik ke pangkuan UMNO
setelah baru 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Tindakan
beliau bukan saja mencipta sejarah paling singkat lompat dan lompat
balik tetapi juga memberi tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum
ini riuh merayakan lompatannya.

Beliau berdiri dibelakang Najib
semasa sidang akhbar itu. Dikerumuni para wartawan selepas itu
Nasaruddin berkata beliau berbuat demikian kerana mahu melihat
tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil. 
"Maka
saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula
menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini," katanya

Menurut
Nasarudin berkata keputusan untuk kembali semula ke pangkuan Umno
didorong oleh keadaan politik di Perak yang tidak menentu dan bercelaru
sehingga wujud satu kerajaan negeri yang tidak stabil.

Pada 26
Jan lepas, beliau mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR
dengan alasan bahawa perkembangan politik selepas pilihan raya umum
ke-12 dan kemelut dalaman Umno mendorong beliau berbuat demikian.

Tiga
wakil Pakatan Rakyat yang lain terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd
Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR,
dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, daripada DAP mengisytiharkan keluar
dari parti masing-masing dan menjadi anggota Bebas.

Hee bagaimanapun enggan bercakap kepada pemberita ketika diminta mengulas 
mengenai tindakannya itu. / Agendadaily
Datuk Nasa beri tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum ini riuh merayakan 
lompatannya
 

Salam...

Sekadar memanjangkan...

Ziarah amal... RSK  Salam sahabat...

Kirim email ke