09 Februari, 2009 16:11 PM              

PKPIM Kesal Laporan Kemerosotan Matematik & Sains Tidak Didedahkan

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak
mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara
ini dalam Matematik dan Sains.

Setiausaha Agung PKPIM Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian
anjuran International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA) itu juga mendapati majoriti negara yang menduduki
tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan
masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua
subjek berkenaan.

"Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu
seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena
antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah
merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains," katanya
dalam satu kenyataan di sini.

TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji
pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia
telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998
hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.

Seramai 4,466 pelajar Tingkatan Dua, 150 guru Matematik dan 150 guru
Sains yang mengajar pelajar Tingkatan Dua daripada 150 sekolah seluruh
negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.

"Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi
responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui
program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan
keberkesanan PPSMI," kata Khairul Anwar.

Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil
bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46
buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat
ke-10 kepada tempat yang ke-20.

"Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474
berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah
merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.

"Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan
perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei
(598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570),
Hungary (517) dan Rusia (512)," katanya.

Katanya kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot
daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada
TIMSS 2007.

"Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471
(TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun
(554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan
Sweden (511)," katanya.

Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah
pelaksanaan PPSMI.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=388565

 

CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Zuellig Pharma) or a third party.
 
This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have 
received this communication in error, please delete and destroy all copies and 
kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.
 
Zuellig Pharma makes no representations or warranties in respect of the 
integrity of this communication, including but not limited to any warranty that 
this communication is free of errors, viruses or other malicious code, 
interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus 
Scanning Service.  For further information, visit 
http:\\www.messagelabs.com\stats.asp

Kirim email ke