Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan 
Rembau akan mengadakan Program Jualan Amal Nasi Beriani pada 8 Mac 2009 nanti. 
Jualan amal ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengisi Tabung Kebajikan 
DUN Paroi untuk membantu golongan ibu tunggal, fakir miskin dan mereka yang 
memerlukan.

Setiap kupon berharga RM 10 dan telah diedarkan kepada petugas-petugas sukarela 
DUN Paroi yang tinggal sekitar Senawang, Seremban dan Rembau. 

Untuk memudahkan urusan tempahan Nasi Beriani ini adalah diharapkan mereka yang 
ingin membeli kupon ini berbuat demikian sebelum 1 Mac 2009. Agihan Nasi 
Beriani ini akan bermula pada jam 10 pagi Ahad 8 Mac 3009 di Pejabat Pusat 
Khidmat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya , Senawang.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membeli kupon bolehlah menghubungi :
Pn Zarina Saat (013-3098779)
Pn Fauziah (013-7779328)
Pn Norwani (013-3851202)



      

Kirim email ke