*Renungan Bersama, Zakat menyucikan,siapa yang berzakat akan berkat dan bertambah hartanya, Di dunia ini bagi menjadi kaya bukanlah dengan cara mengambil tetapi dengan cara memberi lebih besar berkat memberi dari menerima. Sumbangan yang diharapkan supaya dikembalikan agar dikembalikan, bukanlah sumbangan.Ketahuilah, Apa yang kamu makan habis Apa yang kamu pakai lusuh Apa yang kamu nafkahkan kekal*
*Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Nabi saw. mengirim Mu'adz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepada- nya ;'' Ajaklah mereka supaya mengakui bahawa tiada Tuhan selain ALLAh,dan sesungguhnya aku pesuruh ALLAH. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkan kepada mereka bahawa ALLAH swt. mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. ajarkan bahawa ALLAH swt. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka,diambil dari orang yang kaya diantara mereka, dan diberikan pada orang-orang yang miskin. Jika itu yang telah dipatuhi mereka.Jagalah supaya kamu jangan mengam- bil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan ALLAH tidak ada dinding(doa orang yang teraniaya cepat diperkenankan ALLAH)- Hadith Shahih Bukhari 716 * -- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.
