YA.. SY SOKONG Sesapa yg dah kawin tu, bersyukur la sbb dah lps. Sesapa yg x kawin lg tu, bersabarla.. Kekadang tu, bkn disebabkan memilih. Mcm mana nak pilih, yg dtg dekat pun xde. Kter hanya boleh berdoa dan trus berdoa. Klau boleh solat sunat tu, solatlaaa... Apa2 pun, hidup mesti diteruskan.. bertawakal pd ALLAH.
________________________________ Daripada: "Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com" <Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com> Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Dihantar: Rabu, 11 Februari, 2009 10:10:37 Subjek: RE: SUSPECT: Re: Help Palestine [hidayahnet] Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w HMM...SAYA SOKONG..MMG LER DLM BERINTERNET NI ADA KEBURUKAN DAN KEBAIKAN..KITA AMBIL CONTOH YG BAIK...ITU SATU JALAN USAHA..ASALKAN IA MEMPUNYAI BATAS..KAN.. TAKKAN LAH NK CARI JODOH TEPI JALAN KOT KAT BUS STOP,STESEN LRT,SHOPPING COMPLEX DISCO OR PUB?? MANA ADA MASA UNTUK SEMUA TU..KALAU ADA YG MEMBANTAH TU FIKIR-FIKIRLAH MUNKIN KAMU TU DAH KAWIN PASAL TU MEMBANTAH,,, PADA YG BLUM KAWIN TU APA MEREKA RASA KAN..KAN..KAN. . -----Original Message----- From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On Behalf Of reez rita Sent: Monday, 9 February 2009 2:35 PM To: Ikhwanul Muslimun Subject: SUSPECT: Re: Help Palestine [hidayahnet] Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w saya pernah terbaca, tak de dosanya asalkan tak melanggar batas2 sosial di dlm agama. internet ni mcm perantaraan jer..kita cuma berusaha mencari, yg lain terserah pd allah. Satu lg kelebihan bg org yg pemalu..hhee. .lebih mudah tuk mencari pasangan. org kata jodoh tak datang klu tak di cari... rata2 kawan & sepupu dpt calon isteri/suami dr. internet, alhamdullialh bahgia smpi skrg... wassalam. ____________ _________ _________ __ From: "suci...@yahoo. com" <suci...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Friday, February 6, 2009 1:14:27 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w Assalamualaikum, Akhi & Ukhti I have a qustion, apa hukumnya jikalau kita mencari jodoh by Internet?? Is anyone can answer me??. Please need your answer to it. Shukran Maruco --- On Wed, 2/4/09, id...@yahoo. com <id...@yahoo. com> wrote: From: id...@yahoo. com <id...@yahoo. com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Wednesday, February 4, 2009, 5:43 AM Rabu 4 Februari 2009 | 8 Safar 1430 Hijrah (harakah) - Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain. Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama? Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya.. wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki. Berharta Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta! Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula. Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu? Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga. Keturunannya Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan. Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi? Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka. Kecantikannya Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain. Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu. Agama Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam memilih calon pasangan.Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman. Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. *** RANHILL - WORLEYPARSONS GROUP NOTICE *** "This email is confidential. If you are not the intended recipient, you must not disclose or use the information contained in it. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email and delete the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the Ranhill - WorleyParsons Group of Companies." Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
