politik ngn islam x sama ke x berkait erk?

Best Regards,
Dicky Harrys Jamin
  +60126892658
  FOR YOUR INFO..

--- On Wed, 2/11/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dariPAKATAN
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, February 11, 2009, 5:50 PM














Salam.

Diharapkan group email ini dibataskan pengunaannya untuk kita berbincang 
mengenai politik.

Saya dan saya percaya ramai lagi disini amat memerlukan ilmu agama islam drpd 
segi maklumat-maklumat dan perbincangan yang ditulis drpd kawan2.

Bukan apa baca sana mesti pasal politil, baca sini pula hal politik juga..

Maaf jika saya menguris hati kawan-kawan lain, cuma ini adalah pendapat saya yg 
ikhlas.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.From: 
mohdshaiful. roseman
Date: Tue, 10 Feb 2009 12:59:36 +0800
To: Ikhwanul Muslimun<hidayah...@yahoogro ups.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari  PAKATAN

Nampak macam sama tapi tak serupa..
Misinya utk mengubah kerajaan, tumpuannya ahli2 DUN atau PARLIMEN utk melompat 
parti, sama ada yg menggerakkan oleh Anwar di bawah bendera Pakatan Rakyat, 
mahupun Najib di bawah bendera Barisan Nasional..

Yang tak serupanya, semasa Anwar Ibrahim dengan misi 16 Septembernya, dia cuba 
lakukan dengar cara yg berhemah..(terpulan g pada pandangan masing2 dari 
kenyataan ini)...iaitu misi ingin dicapai, undang-undang dipatuhi, tanpa rasuah 
yg nyata dan tersembunyi, tanpa culik menculik, dan juga tanpa kekalutan dan 
kegawatan rakyatnya..mungkin ramai antara kita terlupa kronologi pembabitan 
Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi 916 tersebut..:

1) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, menyatakan Pakatan Rakyat 
sudah cukup korum untuk memerintah. Justeru itu, beliau memanggil Pak Lah untuk 
berunding tentang pertukaran kerajaan. Tapi tak berjaya...langkah seterusnya;

2) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, mendesak agar diadakan sidang 
khas parlimen dimana undian tidak percaya akan dijalankan. Malangnya surat 
tidak dijawab. Malah semua ahli MP BN telah 'diculik' ke Taiwan.

Melihatkan perbezaan di atas, adalah amat jelas apa yg cuba dilakukan oleh 
Anwar Ibrahim, ingin memastikan pertukaran kerajaan mengikut lunas undang2 dan 
peraturan yang sedia ada. Selagi mana ada ruang perubahan yang diperlukan demi 
kesejahteraan rakyat, saya yakin dan percaya Pakatan Rakyat amat menitik 
beratkan soal kepatuhan kepada undang2 dan juga mengelakkan kekacauan di 
kalangan rakyat. Walaupun kita maklum dengan 'tidak berjayanya' (bukan GAGAL) 
plan 916 tersebut, semuanya tetap akur dengan perkembangan tersebut. Tidak pula 
timbul utk menggunakan cara, seperti mana yang Najib amalkan sekarang ini.

Mula-mula melobi, lepas tu merasuah, selebihnya menculik, lepas tu mengugut, 
menggunakan kuasa dan apa saja ruang utk dieksploitasi termasuk SPR yg tidak 
menerima diadakan pilihanraya kecil walaupun sahih telah mendapat pengesahan 
dari speaker dewan undangan negeri. Apa lagi? berlindung di sebalik kuasa 
sultan, dan sekarang beragenda di sebalik peranan media songsang buangan rakyat 
menayangkan eksploitasi murahan yg dimainkan setiap hari di media perdana 
kununnya YAB Nizar penderhaka.

Kita hanya melihat cerita dan mengulas pengakhiran cerita tapi lupa tentang 
senario keseluruhan cerita. macam ada penyakit 'Daya Ingatan Singkat'. Habis je 
cerita, terus puji Hero a.k.a Malaun, lupa tentang watak2 penting yg lain. 
Aduhai...~

BUKAN SOAL BOLEH BUAT ATAU TAK BOLEH BUAT..MASALAHNYA ORANG BUAT FILEM UNTUK 
ORANG BERFIKIR, BUKAN BUAT FILEM BODOH DAN INGAT BOLEH BODOHKAN RAKYAT.



"abu samah"
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com02/10/2009 06:19 AMPlease respond to
 hidayah...@yahoogro ups.com
To"Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>cc
SubjectRe: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN







Assallamualaikum. .. 
Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya
" kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak
menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin
ye tak ?.
 
Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun
dari parti mana,  jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama
sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( semestinya
duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.
 
Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin
bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.... .Jika perancangan Anwar untuk
mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, apakah
ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?.
Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?.
Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu
yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di Perak
sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh Anwar
semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( 
mungkin
duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan segelintir
nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah
beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan siapa 
sekarang ?
Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN
PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH "
 
Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu dulu, PR
MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa dah
jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu tak 
sampai
pulak saman menyaman.... Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas 
perlantikkan
MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje )  dah 
halau dah...
esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka 
Sultan...tak malu
ke ?.
Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh akibatnya 
jika berkawan
dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana 
negara Arab
bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA SEAGAMA,
mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata. ....asyik- asyik nak berbincang 
sedangkan
dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. Lagi 
buruk
berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka.
 
Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan jadi 
seperti
perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG
MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG
TAHI ".
 
Wassallam
 
 
 
 
 
----- Original Message -----
From: amirul rahman
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN
Salam,

 Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan mungkin 
mereka agenda mereka tersendiri.
 Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia adalah 
Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas.
 Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak seperti 
ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri..

 Sesiapa boleh komen?

To: hidayah...@yahoogro ups.com
 From:
 Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800
 Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN

SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN
 Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin
 Oleh tantawi08

 "
 Iklim
 politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
 pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
 sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
 pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

 Cukup
 jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
 diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
 karaahiyatul maut .

 Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha 
Perkasa lagi Maha Bijaksana .

 Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] 
PAKATAN RAKYAT .

 Tatkala
 kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci
 bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam
 sistem politik negara ini ,

 jua
 membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan
 dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas
 landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa
 dan harmoni .

 Malah
 kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka
 keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan
 zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .

 Biarpun
 tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita
 , namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk
 iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyat
 mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .

 Alhamdulillah
 kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir
 oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun
 yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang
 singkat .

 Ya
 .... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah
 kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai
 pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas
 kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap
 amanah dan mandat rakyat .

 Ujian
 ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang
 kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang
 tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak ,
 hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara
 kriteria yang mesti dimiliki semua kita .

 Gopoh
 , tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula
 adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai
 diri dan minda kita .

 Realiti yang perlu diteliti

 Mazmumah
 adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang
 dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya.
 Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurus
 dijangkiti virus mazmumah ini .

 Sebaliknya
 , jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan
 jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .

 Pastinya
 vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu
 menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau
 pemakainya hebat dan kuat anti body .

 Kita
 tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh
 Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengan
 kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim
 ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .

 Lebih
 getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya
 dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi
 tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ]
 pada masa itu .

 Pelbagai
 helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan
 pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara
 baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh
 UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa
 dan neraka .

 Berbekalkan
 kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat
 musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi
 Dewan Undangan Negeri Kelantan .

 Keupayaan
 dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan
 , tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar
 dilunturkan oleh virus mazmumah .

 Saya
 masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan
 kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang
 ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit
 itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai
 maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan
 Kerajaan negeri Kelantan .

 Tawaran setengah juta di tolak ?

 Apakah
 Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ...
 seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN
 Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan
 tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [
 sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal 
dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .

 Sekalung
 tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu
 harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .

 Sikap
 dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP
 PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali .
 Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara
 politik murahan yang memualkan .

 Bayangkanlah
 , betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar
 menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada
 PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau
 kuat cacangnya .

 Ingatlah
 , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi
 memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu
 penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah
 negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas
 rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah
 guna kuasa .

 Matlamat
 yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang
 kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka
 diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya
 bermula dari episode sebuah pengkhianatan .

 Iklim
 politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
 pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
 sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
 pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

 Cukup
 jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
 diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
 karaahiyatul maut ."



























      

Kirim email ke