sepatutnya harussani merujuk kepda al Quran an sunnah Nabi s.aw bukan rujuk 
pada manusia  harussanai pun tak tahu tentang raja berpelembagaan  dulu bila 
exco lambat angkat sumpah berminggu2 apa harussani buat? kali ini 2 hari dia 
dah baca doa  nabi dan pesan nanti ada  ulama suk
umno perintah 50 tahun orang cina hidup kaya raya dan milik beribu-ribu ekar 
tanah orang melayu terutama umno tak bising  siapa bagi pada mereka kalau bukan 
orang umno  toke balak toke gula segala2 toke termasuk toke judi toke arak toke 
dadah siapa yang bagi mereka kaya kalau bukan umno 
Nizar baru perintah perak 9 bulan semua tuduh dia boneka DAP termasuk orang 
melayu yang sokong PR pun gelabah   Kekayaan orang cina dperak yang ada 
sekarang  ni Nizar ke beri selepas dia perintah perak?
Orang melayu umno dan penyokongnya dsemua peringkat dari yang memerintah atau 
orang kampunglah yang menjadi orang cina mengusai  apa jua yang ada di negeri 
perak   aku rasa orang DAP lagi baik dari orang MCA  sebab MCA mcam orang2 umno 
kuat bagi rasuah dan yang yang suka terima orang umno
lihat semua bandar di semenanjung dan sabah sarawak dkuasai oleh orang cina  
ini bukan kerja orang DAP tapi kerja orang MCA dan UMNO UMNO lah boneka MCA  
tapi orang melayu tak rasa apapun  oleh itu sesiapa orang PR yang ragu pada 
NIzar elok berishtifar dan bertaubat kalu nak masuk surga  kamu semua sudah 
buat fitnah besar yang larang oleh nabi s.a.w
Nizar perintah 9 bulan tuduh dia macam2 tapi tajol rosli buat satu projek 
bangunan habis runtuh orang melayu tak bising pun  dia letak jawatan kes tu 
senyap sampai hari ni
Aku rasa melayu yang tuduh Nizar dan ragu padanya  pemikiran lebih rendah pada 
pemikiran pada lembu kambing kucing .....
Sebenar nya ramai orang melayu tak  ikut nabi  pun baik yang besar mapun yang 
kecik

 



________________________________
Daripada: "[email protected]" <[email protected]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Khamis, 12 Februari, 2009 9:46:20
Subjek: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan....di Perak


Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak
Disiarkan pada Feb 07, 2009 dalam kategori Kenyataan, Penjelasan|
Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar 
kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana 
barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya 
tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak 
telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, 
sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah 
tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu 
tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar 
dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil 
memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja 
Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.
1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, 
sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap 
yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah 
ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang 
benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?
2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang 
mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara 
membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry.. Adakah kemungkinan beliau 
telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya 
kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani 
terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama 
terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ 
Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.
3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya 
sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik.. 
Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang 
didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu 
pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini 
bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat 
kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji 
dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?
4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah 
kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat 
dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu 
dilihat dengan teliti.
Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di 
Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti 
orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

--- On Tue, 2/10/09, gib...@yahoo. com <gib...@yahoo. com> wrote:

From: gib...@yahoo. com <gib...@yahoo. com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, February 10, 2009, 2:03 PM


Memanipulasikan Kebodohan Rakyat dan Kisah Di Perak
 
Ketika menyaksikan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang ‘baru’ 
terfikir di kepala betapa mudahnya rakyat diperbodohkan. Diperbodohkan, didungu 
dan ditutup dengan ilmu-ilmu tatasusila politik dalam kontek kita mengagungkan 
kita adalah bangsa yang penuh beradab.Masyarakat kita sejak dulu lagi tidak 
didedahkan dengan sistem perundangan dan hak-hak tertentu sehinggakan jika kita 
hendak mempelajari jurusan undang-undang betapa mahal kos yang perlu dibayar.
 
Mungkin kita tergolong dalam masyarakat yang buta perundangan. Dan kita harus 
akui perundangan membentuk tatasusila sesuatu masyarakat.Seperti agama yang 
mewajibkan peraturan supaya mendidik dan mencegah dari kita terkeluar dari 
tatasusila.Mengimba s situasi di Perak,ke mana hilangnya tatasusila tersebut?
 
Untuk mengambil alih sesuatu tampuk pemerintahan, usul undi tidak percaya 
hendaklah dulu dipersetujui sebelum diusulkan kepada Sultan untuk menukar atau 
membubarkan kerajaan yang sedia ada.Seharusnya, Ketua Pembangkang (BN) 
hendaklah mengeluarkan kepada Menteri Besar dan Speaker Dewan untuk mengadakan 
sidang tergempar bagi tujuan ketidak kepercayaan kepimpinan..Jika majoriti ahli 
dewan bersetuju atas usul tersebut maka wajib diusulkan kepada Sultan sebagai 
payung negeri agar satu bentuk kerajaan baru dibentuk seperti makna sistem Raja 
Berpelembagaan.
 
Perkara ini tidak berlaku di negeri Perak. Hanya rakyat ditunjukkan di media 
arus perdana barisan Adun berpaling berada di belakang TPM dan mengatakan 
mereka meletakkan keyakinan kepada BN.Adakah kita dapat mendengar penerangan 
dari mereka?Kenapa kerana mereka berada di belakang kepimpinan BN sudah cukup 
mengatakan mereka menyelebahi dan majoriti sudah cukup sedangkan sesuatu sistem 
kerajaan hendaklah dimulakan dan ditamat dalam dewan (Dewan Mesyuarat Negeri @ 
Parlimen @ House) yang mulia.
 
Semuanya kerana perancangan yang licik dan keji yang tamakkan kuasa dan 
mengheret emosi rakyat untuk menyokong mereka.Mereka tahu akan perundangan 
kerana mereka orang terpilih dan terpelajar tetapi mereka mengambil kesempatan 
atas kebodohan dan kurang ambil tahu rakyat mereka.Mereka tahu jika dibawa usul 
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, mereka pasti menang jika diambil 
kira barisan exco berpaling tersenyum di belakang mereka ketika TPM memberikan 
pengumuman.Tetapi mereka mahu lebih dari itu.Mereka orang bijak,mengambil kira 
emosi masyarakat PR yang pastinya marah dan kesempatan itu juga keberanian 
mereka untuk mengheret institusi raja yang pastinya akan memenangkan mereka 
lebih dari yang mereka mahu.Akhirnya PR dibelasah teruk kerana sang penguasa 
yang menguasai keseluruhan pancaindera di negara ini.Seperti perlawanan 
bolasepak,jika menang dengan hanya satu gol tidak memadai jika keseluruhan 
sistem perlawanan,pengadil an dan penonton telah
 dikuasai.
 Sama-samalah kita fikirkan dan keluarkan dari kebodohan yang telah 
didoktrin.Kepada Adun dan MP PR juga buat anda jangan terlalu emosi sehinggakan 
mengadaikan maruah dan harapan pengundi anda. Tidak terfikirkah anda harga yang 
perlu dibayar oleh penyokong anda di bulan Mac dulu untuk mencuci kenderaan 
mereka akibat kesan menampal poster anda.

--- On Sat, 2/7/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups..com>
Date: Saturday, February 7, 2009, 8:46 PM


A'skum,
Doa demi untuk kebaikan...turut saya mohon...
Tapi jika doa yg apa dimaksudkan. ..demi untuk politik....
memusuhi diantara sesama ISLAM..bukan itu caranya....
Insyaallah jika doa apa yg dimaksudkan demi untuk kebaikan...ianya akan 
diberkhati.. .
Jika ianya tidak diberkhati maka...apa yg berlaku itu adalah apa yg tersimpan 
dihati hanya tersirat pada PKR sendiri.


________________________________

To: hidayah...@yahoogro ups.com
From:
Date: Fri, 6 Feb 2009 12:24:08 +0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak



Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya zal Jalaliwalikram. ..kami tadahkan tangan 
yang hina ini kepada MU, ..Ampunkanlah seluruh dosa-dosa kami samada yang 
kelihatan dan tersembunyi, dosa-dosa kaum keluarga kami, dosa-dosa 
pemimpin-pemimpin kami dan para penyokong PR dan muslimin dan muslimat sekalian.
Ya Allah,,hanya pada Mu kami serahkan segala urusan kami, segala hajat-hajat 
kami, segala cita-cita kami dan amanah kami. Hanya pada Mu kami berharap dan 
bermohon agar segala kezaliman, kesengsaraan, tipu daya musuh kami yang menimpa 
kami, Engkau menjadi pelindungnya, Engkau menjadi penyelamatnya dan hanya 
Engkau sahaja yang berhak menghukum siapa yang melakukannya. Ya Allah, ya 
Rahman,,Ya Rahim,. Ya Karim..Musnahkanlah perancangan jahat musuh-musuh kami 
dan rakyat yang mahukan keadilan
________________________________
Mula berbual dengan rakan di Yahoo! Pingbox serba baru hari ini!
Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda

________________________________
See all the ways you can stay connected to friends and family





      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke