Mangkuktingkat.com adalah sebuah program bagi membekalkan sajian
makanan tengahari dan malam untuk mereka yang inginkan penjimatan
disamping diet yang seimbang serta berkualiti. Sajian akan dimasak
sendiri oleh pembekal (tukang masak) dan dihantar ketempat yang telah
ditetapkan oleh pelanggan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (tiada
perkhidmatan pada hari minggu dan cuti umum)
Disamping itu ianya bertujuan membantu suri rumah sepenuh masa yang
bertindak sebagai pembekal kepada Program Mangkuk Tingkat. Dengan cara
ini mereka boleh mendapatkan sumber kewangan bagi membantu meningkatkan
pendapatan isi rumah.
Melalui program ini surirumah (ibu tunggal akan diberi keutamaan)
yang ingin membuat kerja dari rumah dari memperolehi pendapatan
tambahan dikehendaki mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
untuk menyertai Program Mangkuk Tingkat. Mereka kemudiannya akan
dipanggil untuk temuduga. Sekiranya mereka layak menyertai program ini
maka satu kursus akan disediakan untuk mereka. Kursus yang dinamakan
Kursus Penyediaan Makanan Menurut Kaedah Islam akan dikendalikan oleh IMP
(Islamic Manufacturing Practice ) dibawah kelolaan Ustaz Ahmad Tajuddin.
Untuk melanggan apakah yang perlu anda buat ?
1. Daftar sebagai pelanggan dilaman web www.mangkuktingkat.com
2. Pilih bulan untuk melanggan
3. Semak menu yang telah tetapkan untuk bulan tersebut
4. Pilihlah pakej
yang sesuai untuk anda atau keluarga anda
5. Buat bayaran secara online dengan menggunakan WebCash atau online banking
6. Tunggu pengesahan dari tempahan dari kami
Tempahan untuk bulan Mac 2009 kini telah dibuka. Tempahlah sekarang !!!
Layari www.MangkukTingkat.com