Erti pembangunan yang difahami oleh orang-orang UMNO ialah pembinan banyak bangunan yang besar dan yang tinggi mencakar langit kalau tidak bagi mereka tak ada pembangunanlah terutama di negeri negeri yang diperintah PR. Selama ini bagi mereka nilai pembangunan itu berdasarkan kebendaan sedangkan pembangunan aspek akhlak dan spiritual tidak dilihat sebagai penting. Mereka nak tengok pembangunan fizikal yang hebat-hebat dalam tempoh tak sampai setahun. UMNO telah berjaya meracuni fikiran rakyat mengatakan kerajaan PR tak mampu membawa pembangunan setanding UMNO/BN tapi mereka lupa pemerintahan UMNO/BN sudah lebih 50 tahun sedangkan PR belum sampai setahun kecuali Kelantan. Maka dibawah pemerintahan UMNO/BN atas nama pembangunan tanah-tanah orang Asli pun diceroboh untuk pembalakan dan lain lain. Kerajaan negeri dibawah pimpinan YAB Nizar cuba membela kaum orang Asli tapi UMNO haprak ni kalau tiada pulangan untuk mereka maka mereka canangkan bahawa PR tidak mampu memerintah. Kalau PR tolong kaum Cina macam-macam yang mereka hasut terutama ? orang Melayu dan istana. Tapi bila mereka pula memerintah nanti mungkin mereka akan lakukan lebih dari itu demi mendapat sokongan berterusan kaum-kaum tersebut. Lihat saja Pulau Pinang jangan haraplah untuk Melayu berkuasa semula selepas dijahanamkan oleh UMNO. Mengapa mereka tidak berani merampas kuasa semasa Gerakan berkuasa ?? Selagi mereka tidak dapat kekuasaan di negeri-negeri yang diperintah PR mereka akan terus meracuni fikiran rakyat, itu saja kehebatan mereka. Tapi rakyat sudah kenal siapa mereka sebenarnya !! Mereka boleh rompak kerajaan tapi sekali rakyat diberi kuasa membuat penentuan semula saya tidak fikir rakyat akan menerima mereka kembali. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Wed, 2/11/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pakatan Perak dan kebajikan Orang Asli To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Wednesday, February 11, 2009, 8:09 AM Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah: Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya. SINI
