TERAPI DAN PRODUK KESIHATAN ALTERNATIF: YANG MANA KACA YANG MANA INTAN?
Pelbagai produk ‘ajaib’ di pasaran..kita tambah pening!! Satu senario yang sering kita temui ialah dialog di antara ejen atau penjual rawatan alternatif atau produk kesihatan dengan bakal pembeli. Dalam usaha meyakinkan pembeli, ejen berkenaan mungkin mengemukakan ‘bukti’ berikut: - Rakan saya kata produk ini mujarab dan menyembuhkan penyakitnya. - Pak Cik saya yang lumpuh dapat berjalan semula. - Lihat ini senarai pesakit yang telah sembuh setelah menjalani terapi ni. - Adik saya kata kawan dia kata emak dia pun sembuh sepenuhnya lepas minum jus ini. Ini adalah suatu yang lumrah ditemui, terutama akhir-akhir ini, ketika kita sering disogokkan dengan pelbagai produk kesihatan. Anda pasti telah bertemu dengan segala bentuk iklan makanan serba boleh; kopi berkhasiat, teh berubat, susu khas haiwan, buah,daun, biji atau kacang mujarab, cendawan serba bagus, teh herba penawar segala macam, akar penambah tenaga, madu ajaib, dan macam-macam lagi. Anda juga telah disogokkan dengan promosi vitamin, makanan tambahan, pelangsing badan dan pencuci darah. Anda juga menemui rakan, handai dan taulan yang cuba memujuk anda membeli macam-macam jenis perkakas penapis air; yang juga serba ajaib, dikatakan membawa pelbagai khasiat dan penyembuh segala penyakit. Anda diberitahu bahawa perkakas penapis air istimewa yang berharga ribuan ringgit tersebut boleh memecahkan molekul air, boleh menambah bahan garam-galian (mineral), boleh memberi ‘tenaga’ atau ‘aura’ pada air. Anda juga mungkin ditawarkan untuk membeli air botol yang ditambah oksigen atau diubahsuai atau ditambah tenaga (energised) atau telah ditambah dengan ‘aura’. Anda mungkin berdepan dengan kaedah rawatan terapi alternatif yang pelbagai, dari urut tapak kaki kepada penggunaan akar kayu, dari minuman herba kepada terapi yang menggunakan pelbagai bahan. Dalam menghadapi kepelbagaian ini, kadangkala kita menjadi buntu, sukar sekali mencari satu dalam seribu, yang mana kaca yang mana intan, yang mana pula batu yang dikutip di tepi jalan? Di sini, saya bentangkan satu siri artikel mengenai bagaimana kita menilai pelbagai produk dan terapi alternatif yang terdapat di pasaran. Bukan tujuan saya untuk memperkecilkan pasaran produk berkenaan tetapi saya akan utarakan kaedah asas Islam dalam jual-beli dan applikasinya dalam jualan produk-produk berkenaan. Artikel saya ini tidak sedikit pun mahu memperkecilkan alternative atau complementary medicine, yang telah terbukti misalnya acupuncture, madu dan tongkat Ali. Dan tidak pula mahu memperkecilkan kesan do'a dan karamah yang kadang-kadang dianugerahkan Allah kepada manusia terpilih. Yang saya cuba utarakan ialah bagaimana perspektif Islam dalam menilai produk-produk yang berselerak di pasaran; yang mana yang betul, yang mana tidak, yang mana yang intan yang mana kaca, yang mana berkesan, yang mana 'auta' . Sebabnya sekarang dah macam2 produk dan kebanyakannya tidak mempunyai sejarah beribu tahu, mungkin baru sebulan dua ni timbul. Bahkan di antara yang dah terbukti beribu tahun seperti acupuncture dan tongkat Ali tu pun, ada lagi unsur penipuan...apa lagi produk baru lain yang didakwa boleh melakukan keajaiban? Berhati-hati, kerana ada pula di antaranya yang kadang-kadang sekadar selindung bagi skim cepat kaya. Sambungan artikel ini boleh dibaca selanjutnya di sini: http://www.freewebs.com/omar63/index.htm
