Saudara zain, sungguh risaunya saudara jika pakatan memerintah, semua orang melayu akan ditindas dan akan dihina seperti di palestine,orang melayu akan menjadi pengemis dibumi sendiri. Saya rasa saudara zain hanya mendengar cerita tentang sejarah malaysia tetapi tidak membaca buku tentang sejarah tanah melayu itu sendiri, kalau saudara hanya tahu sedikit tak payah le nak ulas. buat malu aje... Saudara adalah seorang pemusnah perpaduan kaum dimalaysia. jika saudara menghayati islam sepenuhnya, saudara tak perlu takut and berasa akan dimatikan jika bangsa lain memerintah. Saudara zain, dalam islam tak ada perbezaan antara kaum dan bangsa tetapi yang bezanya adalah amal ibadahnya. Saudara tentu bukan orang dari perak.sebab saudara tak tahu cerita sebenarnya, siapa yang menghadiah kan tanah dikampar untuk UTAR, siapa yang merampas tanah - tanah orang melayu di kampung pengkalan, kampung simi, kampung kepayang, kampung -kampung disekitar bandaraya ipoh. siapa yang meluluskan tanah digopeng dan saudara tentu tidak tahu kenapa orang melayu tidak mahu menandatangani surat hak milik tanah yang diberikan kepada orang melayu sedangkan orang cina dan india menerima surat itu. Ini adalah kerana hasutan UMNO kerana tanah orang melayu kenapa kena perlu menandatangani surat tersebut, mereka lupa jika tak sign mana nak dapat geran,bodoh sungguh orang melayu sebab nak mempertahan kedegilan dan keangkuhan, orang melayu terlepas memiliki tanah, dan gegak gempitalah menyatakan tanah orang melayu tergadai. Saudara zain, saya tahu saudara pun tak tahu undang - undang sebab tu saudara tak tahu kenapa india tu melakukan perbuatan sedemikian, tun mahathir pun tergelak apabila PM suruh report polis..lu fikirlah sendiri..com> wrote:
From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, 22 February, 2009, 11:56 PM Hamdy, tolong kaji politik dunia dan kaedah yang digunakan untuk mengambil alih sesebuah kerajaan. Contohnya, Israel tak wujud sebelum perang dunia kedua. Tapi, kerana kelemahan dunia Arab sendiri maka negara barat telah mewujudkan Israel. Sekarang setelah lebih 50 tahun tanah yg dikuasai Israel kian meluas. Bilangan orang Yahudi dunia tak lebih 15 juta orang si seluruh dunia, tetapi menguasai ekonomi dunia. Jadi, di Malaysia ini saya kira kemungkinan akan wujud apabila Malaysia dijadikan republik dan ketua negara seorang presiden - perkataan kerajaan diganti dengan pemerintah (sp Indonesia). Bila orang Melayu tak sedar yang mereka dipergunakan maka akan tiba masanya orang Melayu sendiri yang akan membantu bukan Melayu menjadikan negara ini sebuah republik. Lihat saja bagaimana seorang berketuruan India (India tau yang datang dari INDIA) pertama jadi speaker berusaha menafikan kuasa Sultan. Itu baru speaker bangsa India yang pertama di Malaysia. Bayangkan bila bilangan ini bertambah - macam2 putarbelit akan berlaku (mereka memang pakar putarbelit) untuk melakukan sesuatu yang akan menguntungkan mereka. Saya tertarik membaca artikel dalam New Sunday Times dd 22 Feb 2009 ditulis oleh Puan Paddy Bowie dalam ruang Opinion. Dia seorang berketurunan Inggeris (British) tapi dah jadi Malaysian (?). Bacalah kalau anda boleh memahami dan menghayati tulisan itu. Very interesting. Tapi sekiranya tuan dah bersedia diperintah oleh sesiapa saja - termasuk bukan Islam maka bantulah DAP untuk mencapai cita-cita yang telah terpendam lama - bila mereka berkuasa maka pasti Malaysia akan menerima masuk semula Singapura - Sekian, dan berakhirlah KERAJAAN DI SEBUAH NEGARA yang satu2nya the MALAY LAND - Ceritanya begini... There was once a country known as the Malay Land but as a result of bickering among the Malays and become disunited the Chinese with the assistance of the Indians took over the rule of the country - just like when the Malays of the past were disunited the British intervened and eventually controlled the administration of the country.Today (of the future), the Malays still quarelled among themselves, (particularly on who is more Islamic), are still poor - the present government (not Malays) will put them back to the rural countryside to become farmers to grow food for the Urban people - the Chinese - the Indians at that time are just servants (orang suruhan) kepada mereka. Ingat, setelah menguasai ekonomi maka mereka akan berusaha untuk menguasai politik - ini senario baru dan ada pula orang Melayu yang sanggup membantu mereka menjayakan cita-cita mereka. Sungguhpun ini cuma satu gambaran tetapi kemungkinannya berlaku tetap ada. Jadi, sudahkah anda (dan keturunan anda) bersedia menjadi hamba semula. Kalau tak mahu jadi hamba maka marilah kita kekalkan menjadi tuan dinegara kita sendiri - This is THE MALAY LAND (TANAH MELAYU - PERSEKUTUAN TANAH MELAYU). Kalau anda tak mahu memperjuangkan hak maka satu hari nanti cucu2 dan keturunan kita akan menyumpah-nyumpah kita - takut2 kubur kita pun akan mereka kencingkan. Pada masa itu Melayu akan jadi pegemis di tanah air mereka sendiri. BERSEDIALAH. I hope I'll not live to see this happen. So, I teach my children to continue my fight to keep this country as THE LAND OF THE MALAYS.. We have the right to differ but not to destroy our birthright. Lihat saja apa yang berlaku di Singapura - Pecah dan perintah - Melayu, Bugis, Aceh, Jawa, Bawayan, semua tinggal berjauhan dan apa ada pada mereka? Fikirlah masak2 dan jangan marah kepada saya - We have the right to differ - Kita ada hak berbeza pendapat. Wassalam. From: "abdul...@yahoo. com" <abdul...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Thursday, February 19, 2009 9:18:10 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa apabila sultan tiada maka mudah non-muslim menguasai sepenuhnya malaysia kerana buat masa ekonomi mereka sedang kuasai dan segala teknologi berada pada tangan mereka, orang-orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja tidak kira siapa dia sama ada orang PAS atau UMNO.. penguasaan ekonomi merupakan faktor penentu politik kerana ramai yang sokong PR kini kerana tiada puashati dengan perlaksanaan ekonomi bukan semata-mata faktor agama Islam. apabila ekonomi dijadikan alasan untuk menolak sesebuah kerajaan maka tidak mustahil penggantinya juga akan bermasalah kerana semua nilai duit dunia berpandukan USD. harus kita semua sedari. petronas sekalipun memiliki bahan mentah tetapi bukan berupaya menapisnya dengan teknologi sendiri.. petronas sendiri perlu win-win bisnes dalam menjayakan bisnesnya. harus ini disedari. kebelakangan ini berapa kerat muslim mengambil berat isu murtad dan yang banyak sekali orang sebut ialaha PR perlu berkuasa seolah-olah bila PR berkuasa murtad akan tidak berlaku. Dahulu Mufti Perak dedah kemurtadan semua orang sokong beliau tetapi bila beliau buat kenyataan menyokong sultan maka seolah-olah jasanya dianggap kosong. inilah bahaya sikap orang Islam di Malaysia, berkata tanpa mengambil kira apa yang realiti memayungi malaysia dan seumpamanya. harap diketahui, antara kenapa perlu kepada sultan kerana menerusi peruntukan inilah bumiputra masih terselamat jika tidak liberalisasi di Malaysia akan menjadi padah kepada orang Islam dan termasuk PAS sendiri. bank-bank di Malaysia pun masih terselamat sikit kerana ada PIDM atau seumpamanya yang menyelamatkan keadaan perbankan walaupun Amerika sedang kalut kini.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang fitnah akhir zaman macam mana realitinya.. . --- On Sun, 2/15/09, ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com> wrote: From: ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Sunday, February 15, 2009, 8:18 PM salam, bila membaca kenyataan hishamudin husin bahawa malaysia menjadi republik jika pembangkang memerintah, saya terpanggil utk mengatakan sebaliknya. Cuma pada masa ini, agak terasa gerun apabila mendengar ancaman sultan selangor mengenai risiko menghina sultan. Kami faham tuanku, bahawa tuanku dan rakan2 adalah protected species yg dijaga oleh akta hasutan. Walaubagaimanapun, protected species tidak bermakna ia adalah endangered species. Dan kami tidak akan menghina tuanku dan yang sewaktu dengannya. Tetapi izinkan kami membincangkan institusi istana yang ada sekarang kerana ketua pemuda umno telah menuduh yang bukan bukan. Apabila ketua pemuda umno mengatakan malaysia menjadi republik jika pembangkang berkuasa, pejuang PR juga boleh mengatakan malaysia boleh menjadi republik jika sultan lupa diri. Perkara ini tidak akan berlaku sekarang. Mungkin akan berlaku dalam 30 tahun lagi digenerasi cicit, piut kami. Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang begitu lembut mengingatkan pihak istana supaya tidak berlaku seperti Nepal dll, pihak istana sendiri perlu menjaga agar jangan rakyat benci kepada mereka. Seorang anak kawan saya bertanya kepada ayahnya "kenapa mereka kaya walau mereka tak kerja". Ada makna tersirat disitu walaupun ditanya oleh anak bawah umur. Begitu juga jika kerabat boleh memukul orang mengikut suka. Juga kalau kerana kerabat maka ada antara polisi kerajaan yang terpaksa berpatah balik seperti kes 'tidak membenarkan bukan warganegara membeli minyak kereta dinegara ini" Begitu juga jika UMNO berterusan menggunakan talian hayat nya dengan meminta istana campurtangan secara langsung dan tak langsung. Dan rakyat mula terlalu bosan dan umno dan ianya boleh memberi implikasi kepada istana. Begitu juga kalau time n time again, apabila terdesak umno akan menggunakan talian hayat istana dan tidak mustahil rakyat dimasa itu mengatakan sultan bukan lagi sultan rakyat tapi hanyalah sultan umno. Begitu juga jika menteri2 dan menteri besar umno membuat korupsi yang begitu teruk tetapi pihak istana menutup mata dari menegur ahli2 politik tersebut. Dan ianya bertambah buruk jika istana hanya berminat menegur kerajaan negeri pakatan rakyat. Begitu juga kalau kerabat boleh dapat tanah banyak dan menjual sesuka hati tapi bila rakyat ingin mendapat sekangkang kera tanah, maka ianya menjadi isu besar. Begitu juga jika kerabat mula mempermainkan harta rakyat seperti duit zakat dan sebagainya. Begitu juga bila cucu, cicit, piut.... kerabat yang bertambah besar ramai dan rakyat mula tersedar bahawa setiap nyawa yang keluar perlu dibayar oleh duit rakyat juga. Begitu juga, jika diminta, rakyat boleh menyeneraikan perangai perangai buruk kerabat istana disetiap negeri bawah jajahan malaysia ini. Tetapi saya yakin rakyat masa ini belum lagi tergamak berbuat demikian kerana rasa hormat kepada istana masih ada walau tidak setinggi mana. Begitulah antara senario yang tak sepatutnya berlaku jika institusi istana mahu dikekalkan. Salam Perjuangan€ hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa Oleh Zulkofli Jamaludin, Ridzuan Yop, Nazura Ngah, bhn...@bharian. com.my KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang memerintah. Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kemelut politik khususnya di Perak sehingga institusi Raja diheret sama membuktikan pemimpin Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa saja untuk memastikan agenda politik mereka tercapai. Oleh itu, katanya tiada guna mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf apabila bertindak sebagai dalang terhadap penentangan institusi raja kerana Ketua Pembangkang itu akan menafikannya. "Biar orang ramai menilai dan ingat sebelum ini bahawa dialah yang selama setahun tidak ada kerja lain selain cuba memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) lompat parti dengan alasan mereka rapat dan mendapat sokongan Raja-Raja Melayu. "Tetapi apabila berlaku sebaliknya, tengok apa yang mereka tergamak lakukan terhadap institusi Raja. Saya setuju dengan Pemuda Sabah baru-baru ini bahawa tidak mustahil negara ini boleh mereka tukar kepada sebuah republik jika pembangkang berkuasa," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau mengulas desakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi Raja secara terbuka. Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Hilmi Ismail dilaporkan berkata, kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah melompat parti. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan Anwar sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab apabila sanggup menjadi dalang terhadap penentangan institusi Raja. Katanya, rakyat perlu memahami kuasa Raja dan Sultan bagi mengelak hak Raja dan Sultan dipersoalkan. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata peranan Anwar terhadap penentangan terhadap institusi Raja, khususnya Sultan Azlan Shah ibarat baling batu sembunyi tangan. Katanya, Anwar harus bertanggungjawab atas tindakan pemimpin dan penyokong PKR terhadap Sultan Azlan Shah kerana sebarang tindakan menghina Raja adalah salah di sisi undang-undang mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta Akta Hasutan 1948. "Jika perkara ini dibawa ke tengah, tentu PKR tidak dapat lari daripada tindakan. Justeru, saya menyeru PKR pulang ke pangkal jalan dan menghormati institusi Raja di negara ini," katanya. Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim, berkata tidak mustahil Pakatan Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada republik sekiranya memenangi dua pertiga kerusi di Parlimen. "Sikap Anwar yang terang-terang berkepentingan peribadi sejak dibebaskan amat jelas kerana tiada langsung cadangan yang beliau buat untuk kebajikan rakyat atau pembangunan negara" katanya. Get back in touch.Connect with your friends from Hotmail & Gmail today! http://www.trueswitch.com/yahoo-sg
