Di ambil dr blog Ust Misbahul Munir- SU Politik MB Ir Nizar
http://misabah. blogspot. com/
DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan
Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut
kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya
nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya,
lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN
ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu,
mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka,
Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap
hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi
peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami,
tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak
orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja
majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti
muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah
dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah
dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh
Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan
surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj
Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris,
dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar,
menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis
yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang
berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah,
beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam
bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata
dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai
dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka
membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep
mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang
berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan
UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri
tidak faham Islam.
Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak
khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran
Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi
gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan.
Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa
sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap
seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan
kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi
perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang
dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri
Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai
murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula
tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar
tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak
bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada
Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam
semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua
Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan
untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke
mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan
fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan
kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa
hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan
Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja
100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi
tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina
DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun
dulu bersama dengan EXCO muslim
yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang
diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh
yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam,
apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP
tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut
diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohon an untuk tujuan baik pulih
masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya
tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan
dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di
dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan
pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara
tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan
pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka
ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah,
tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan
orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya
akan datang.
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/