biar susah, jangan menyusahkan..     JUNHAIRI BIN ABD JALIL  EKSEKUTIF 
PEMASARAN (KAD KREDIT)  BANK ISLAM, BANK RAKYAT, EONBANK & MAYBANK ISLAMIC 
IKHWAN CARD  019 - 363 5331
Pertanyaan tentang loan - 017 - 6142181 (Hanina)






Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban 
daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini 
mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa 
telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.


Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat 
Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.


Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.

Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip 
kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" 
beberapa kali.


Manakala kain rentangnya
 antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri 
Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha"

Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 
anggota polis.


Penduduk kecewa

Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan 
dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya 
kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu.


Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa 
kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan
 dan dipolitikkan.

"Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan 
dituduh mengamalkan rasuah?


"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri 
Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally 
dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan 
masjid di parlimen tersebut.


Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri 
Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Adakan solat hajat

"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami 
tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor?


"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, 
Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.


"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada 
bersedekah," kata Ghazally.

Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa 
terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor 
itu.




---



-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---






      

Kirim email ke