Hari Sabtu 28 Feb 2009 saya berpeluang buat pertama kali bersua muka dengan Pak 
Dharma (Dharmala NS). Pertama kali juga saya mendengar Pak Dharma berucap. 
Memang berbeza seorang yang pakar bahasa, tokoh sasterawan, penulis Melayu 
bercakap dari seorang ahli politik. Setiap perkataan penuh dengan gaya bahasa 
yang mudah difahami dengan mesej tersurat dan tersirat.

Kata Pak Dharma setiap bangsa ada bahasa mereka sendiri. Kalau mereka di 
England tak di kata Bahasa England, tapi Bahasa Inggeris. Kalau di Iran tak 
dikata Bahasa Iran tapi Bahasa Parsi.

Mengulas mengenai PPSMI , Pak Dharma berkata ianya akan merugikan orang Melayu. 
Katanya kalau dasar PPSMI ini diteruskan, 100 tahun nanti anak cucu kita tidak 
menyalahkan UMNO, PAS atau PKR. Tapi mereka akan menyalahkan datuk nenek moyang 
mereka (iaitu kita) kerana tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Kata Pak Dharma 
Bahasa Melayu mesti didaulatkan bukan dimartabatkan. Bahasa Melayu mesti di 
Raja kan bukan di Perdana Menterikan.

Pak Dharma banyak mengambil mesej yang tersurat dalam filem P Ramlee seperti 
filem Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok. Dalam cerita 
Bujang Lapok dalam plot ketika Tiga Bujang Lapok belajar di sekolah dewasa 
apabila Sudin ditanya oleh Cikgu satu perkataan Sudin menjawab Alif sambung Mim 
, Nun sambung Wau bunyinya SARKAS. Maknya P. Ramlee dari dulu lagi sudah 
memperjuangkan bangsa dalam filemnya. Dia tidak mahu anak cucu dia ditadbir 
oleh Sarkas Sarkas. Sarkas inilah yang ada di Malaysia sekarang ini.

Dalam hati saya memang banyak mesej tersirat dalam filem P Ramlee, perasaan 
atau tidak P Ramlee begitu jarang sekali cakap Inggeris dalam filem, atau cakap 
rojak. Cuma dalam filem Sarjan Hassan dia bercakap Inggeris dengan Pegawai 
Askar Inggeris yang baru datang. Sedangkan pegawai Inggeris yang lama bercakap 
Bahasa Melayu..

Saya berkata pada anak-anak saya yang sekolah menengah menengah nak tak ikut 
abah pergi Istana Negara 7 Mac 2009 ini. Mereka kata boleh. Alhamdulillah. Lalu 
saya belikan T Shirt putih PPSMI untuk dipakai Sabtu nanti.

Isteri saya seorang guru sekolah menengah berkata PPSMI ini memang banyak 
mendatangkan masalah kepada pelajar dan guru Melayu. Isteri saya kata ada satu 
sekolah menengah di Seremban (ingat ya , di Seremban, bukan di Palong atau 
pedalaman). Sekolah tadi tahun ini 2 kelas tingkatan satu pelajar nya buta 
huruf. Ya , buta huruf. Kalau tahun lepas satu kelas sahaja pelajar yang buta 
huruf, tahun 2 kelas. Macamana nak buat PPSMI sedangkan masalah buta huruf pun 
tak selesai.

Isteri saya kata lagi dalam satu kursus untuk guru-guru PPSMI, seorang guru 
bertanya kepada penceramah. Kata guru tadi dia dah belajar Bahasa Inggeris 6 
tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah. Dah 11 tahun belajar 
Bahasa Inggeris, dia masih tak mahir, sekarang Kementerian Pelajaran buat 
kursus 1 hari lagilah dia tak mahir. Guru tadi kata dia tak faham langsung 
kursus PPSMI tadi , hinggakan dia pun tak tahu apa nak tanya.

Kata isteri saya lagi mungkin para ustaz dan ustazah lama kelamaan yang gagal 
PPSMI tak dapat mengajar lagi.

Entahlah, kalau sahabat-sahabat lain masih rasa tak apa, masih rasa selesa 
duduk di rumah, selesa lepak di kedai kopi membicarakan masalah Derhaka dan 
Celaka, bicaralah. Saya dan anak-anak saya akan berada di Istana Negara 7 Mac 
ini insyaALLAH, saya tak mahu anak cucu saya menyalahkan saya nanti dan tuntut 
pula di akhirat nanti.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Dibawah ini banyak lagi masalah rakyat yang kita terlepas pandang dalam 
kekalutan Derhaka dan Celaka :

PENERBIT KECIL GULUNG TIKAR:
BUKU IMPORT AKAN KUASAI PASARAN AKIBAT PPSMI. Cerita lanjut di sini 
http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_27.html
 

Arah Pemuda PAS hadir 'Himpunan Bantah PPSMI' 7 Mac ini
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub 
mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan 
aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.
Berita lanjut di sini 
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19618&Itemid=1
 

Orang-orang Kampung Terpinggir di Juasseh, N.Sembilan di pautan berikut 
http://jemapohku.blogspot.com/2009/02/orang2-kampong-terpinggir.html 

Lobai Kampung N.Sembilan kata semua ahli politik kena belajar mengaji Fiqh 
Keutamaan / Kepentingan supaya tindakannya memang berkepentingan, untuk Islam. 
Cerita lanjut di pautan berikut 
http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/02/tiada-kena-mengena-dengan-politik.html
 

Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis 
Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.)
Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis 
Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.) 
http://http//mahasiswamesirn9.blogspot.com/2009/02/surat-terbuka-kepada-encik-abd-malek.html
 




      

Kirim email ke