KISAH BENAR NIZAR DAN PADUKA SERI SULTAN PERAK Feb 22nd, 2009 | By Webmaster | 
Category: Isi I

(ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)
Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya 
sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) 
oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya 
Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 
Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi 
mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) 
dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan 
(Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil 
kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses 
memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota 
yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit 
Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. 
Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya 
setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul 
bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) 
dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah 
menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu 
tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda 
dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun 
Razak.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut 
dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk 
dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun 
telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 
2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa 
denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan 
PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media 
adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi 
Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, 
“Insya Allah, tidak”.
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, 
sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran 
mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah 
meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk 
diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula 
atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru 
dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di 
KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn 
Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak 
mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK 
apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR 
dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya 
pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker 
adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon 
perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat 
pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan 
menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku 
mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama 
orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan 
Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah 
berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi 
seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita 
telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya 
menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon 
laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan 
telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila 
dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam 
bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap 
dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 
31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk 
mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak 
dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi 
ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak 
menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati 
institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. 
Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi 
dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku 
hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini 
dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut 
bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan 
menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan 
tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat 
kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan 
mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai 
penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada 
mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari 
itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah 
bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek 
tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk 
mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah 
session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya 
pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu 
kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat 
jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan 
imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana 
di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata 
dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. 
Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO 
sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di 
Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku 
hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. 
Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” 
(Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor 
Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, 
“under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan 
Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of 
Parliament. His role is purely formal”.
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim 
dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata 
Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di 
dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu 
peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti 
Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di 
Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan 
mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di 
Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga 
ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good 
governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan 
akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM 
Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah 
mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan 
bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun 
Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan 
Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya 
dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang 
amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban 
UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan 
PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu 
belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral 
UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat 
tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat 
negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan 
ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa 
saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi 
kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak 
boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi 
(bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan 
janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan 
mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu 
barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini 
masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada 
ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..
NIZAR


      

Kirim email ke