PPSMI: Perhimpunan 100 Ribu Rakyat 7 Mac 2009(Sabtu)
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di
Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi
tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut :
1. Pusat Perniagaan SOGO
2. Centrel Market
3. Masjid Negara
Tarikh: 7 Mac 2009
Masa: 2 Petang
Nota: Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan "BAJU
PUTIH" yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.
Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan
menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki
berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan
akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan
telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta
adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti
senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak
dibenarkan.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said,
Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan,
Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’
Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Akan hadir dalam perhimpunan
Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang
melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.
GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan
Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh
negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan
gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah
selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang
begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan
berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.
HASNI ABAS
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
27hb Februari 2009
________________________________
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/