Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat 
Azamin Amin 
Wed | Feb 25, 09 | 12:58:34 pm MYT


  
Kejadian
histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah
berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di
samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi
mengatasi gejala terbabit.

Iklan   
 
   
    
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat
gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama
mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya
diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah
al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi
atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut
ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan
makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din
ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah
yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria. 
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan
terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku
'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan
(tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang
mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala
makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang
terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang
dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi
ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka 
datang 'membalas' pula. 
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama,
sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di
kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal
perubatan Islam itu. 
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

Ini
menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia
sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali
dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak
sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi
berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan
mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di
satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi
ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa
kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang
mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan
tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada
kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun
atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan
mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan
mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang
turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila
seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya
akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak. 
Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di
asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan
kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga
akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah
berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila
seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan
kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron
Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia,
cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni 
rumah yang ditinggalkan kosong. 
"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri
supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan
syaitan dan iblis,katanya - azm



(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini
dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat
dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

(Sekiranya ada sebarang kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di 
azamina...@yahoo.comalamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda 
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )
_  







Kirim email ke