Article Mishaal: Menentang pilihan strategik Hamas. Isnin, 02/03/2009 - Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.
Beliau menjamin bahawa Hamas tidak kira sejauh mana pencapainnya dalam bidang politik namun tidak akan berganjak dari prinsip penentangan ini dan perang di Gaza merupakan satu contoh praktikal bahawa tiada masa atau posisi yang mampu mengubah arah perjuangan Hamas, kata beliau kepada kunjungan delegasi Jordan. Mengenai usaha mewujudkan kerajaan penyatuan, beliau berkata Hamas serius dan positif terhadap langkah ini dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat Palestin sambil mempertahankan prinsip perjuangan Hamas tanpa pilih kasih dan tidak akan berkompromi dalam hal-hal perjuangan. Sementara itu penayangan filem yang menghina Nabi Isa, ibu baginda Maryam, Nabi Muhammad dan Hamas oleh media Israel menunjukkan masa kehancuran Zionis Israel semakin dekat kerana mereka yang terang-terang menentang Allah tidak akan berjaya atau mempunyai tempat di tanah suci Palestin. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslimin di Jordan, Kadhim Ayish berkata pertubuhan mereka menyokong segala usaha ke arah penyatuan di Mesir dan berharap dialog ini akan membebaskan dari projek Zio-Amerika yang sememangnya terbukti gagal. sumber : http://www.palestine-info..co.uk/en/ penterjemah : anonymous Article Nizal: Krisis Gaza bukan pada dana, tapi kepungan dan sekatan. Selasa, 03/03/2009 - Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan tindakan mengenepikan pergerakan tersebut dan kerajaan sah di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Ismail Haneyya adalah tindakan yang tidak berpijak di bumi nyata dan ia juga satu petunjuk negatif yang menggambarkan dana pembangunan semula Gaza telah dipolitikkan, di samping ia adalah percubaan untuk mengugut HAMAS. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Isnin (3/2) beliau menjelaskan isu Gaza sama sekali bukan terletak pada masalah dana pembangunan semula, tetapi masalahnya adalah pada sekatan serta kepungan zalim yang dikenakan oleh regim Zionis terhadap Gaza serta penutupan pintu-pintu sempadan. Beliau mempersoalkan bagaimana dana pembangunan dan bahan-bahan binaan dapat dibawa masuk ke Gaza jika sekatan serta kepungan jahat itu berterusan? Beliau juga menyatakan kehairanannya terhadap seruan yang dibuat oleh Sidang Sharm al-Syeikh hari ini agar regim Zionis membuka pintu sempadan tetapi tidak memberikan tekanan secukupnya terhadap regim tersebut untuk benar-benar melakukannya. Beliau berkata adalah suatu yang ganjil apabila Amerika Syarikat membuat seruan tersebut sedangkan ia memberikan bantuan dana yang besar kepada regim tersebut. Sudah pasti Amerika mampu untuk hanya memberikan arahan agar regim Zionis membuka pintu sempadan supaya pembangunan semula Gaza dapat dijalankan. Beliau juga turut mengkritik pihak berkuasa Mesir yang terus menutup pintu sempadan Rafah dan tidak membenarkan bahan-bahan binaan dibawa masuk untuk proses pembangunan semula rakyat Palestin yang menderita kerana sekatan berterusan, terutamanya selepas serangan terkini regim Zionis yang telah memusnahkan segala infrastruktur seperti masjid, rumah kediaman, sekolah, universiti dan pusat-pusat perubatan. sumber : http://www.palestine-info.info/ar/ penterjemah : muhajir Article MP Zeidan dibebaskan selepas 23 bulan dalam tahanan . Rabu, 04/03/2009 - Penguatkuasa Israel telah melepaskan Abdel-Rahman Zeidan, bekas Menteri Kementerian Kerja Raya dalam kerajaan Palestin yang ke-10 di bawah pimpinan PM Ismail Haneyya. Sumber menyatakan bahawa beliau dibebaskan dari penjara di padang pasir Negev pada hari Isnin 2 Mac 2009 setelah 23 bulan berada dalam tahanan. Zeidan telah ditangkap pada 23 Mei 2007, lalu menjadi salah seorang dari berpuluh-puluh penggubal undang-undang Hamas dan menteri-menteri yang dipenjarakan oleh pihak Israel. Ini adalah kali kedua Zeidan telah ditangkap dan ditahan. sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : nurul Article Ikrimah Shabri seru ke Masjid al Aqsa. Rabu, 04/03/2009 - Khatib Majid al Aqsa, Dr. Ikrimah Shabri menyerukan kepada seluruh rakyat Palestin khususnya mereka yang berada di al-Quds agara datang ke Masjid al-Aqsa pada hari Isnin(9/3) bersempena sambutan maulid nabi. Beliau menyatakan menjadi kewajiban seluruh umat Islam mengingati perjuangan Nabi SAW lantas mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Palestin seluruhnya. Di samping itu terdapat juga tazkirah dan majlis ilmu bagi mengingati sejarah Nabi SAW.. Beliau juga menasihati seluruh umat Islam mempertahankan Islam dalam keadaan umat Islam di hina di merata dunia. sumber : COMES penterjemah : Abu Awatif ________________________________ Windows Live™ Contacts: Organize your contact list. Check it out.
