Posted: Fri Mar 06, 2009 10:51 pm Post subject: UMNO – Bapak kepada segala
PENDERHAKA!!!
1. Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun
1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik sultan atas isu harta.
2. Pada tahun 1964 Tan Sri Ghazali Jawi(bapa Dato’ Sri Tajul Rosli) yang tidak
mahu letak jawatan menteri besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya
hendak pegang jawatan itu dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya, dia tidak
mahu lepaskan jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu mencukur
jambang selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka
namanya? Tiba-tiba Tajul Rusli kata UMNO tidak pernah derhaka, tidak pernah
ucap macam Nizar. (UM 21.2.09) Tindakan bapanya pada Sultan Perak apa pulak
maknanya?
3. Pada tahun 1979, kes Dato’ Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang
berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara
terbuka.
4. 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa YDA mengenai pengisytiharan darurat
dikurangkan maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan
tersebut.
5. Pada tahun 1991 – dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam
secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.
6. Dalam persidangan agung UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta raja
disiasat. Berita ini dilaporkan oleh UM di muka surat depan. Apaka ini bukan
derhaka?
7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat
oleh pemimpin UMNO Kelantan. Kenapa polis tidak menembak gas pemedih mata?
Apakah ini bukan derhaka namanya?
8. Pada 18 Jun 1993 pindaan perlembagaan persekutuan yang membolehkan raja
dibawa ke mahkamah telah dikemukakan. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh
pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9. Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban,
Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Dr. Mahathir dan
mengecam Raja-raja Melayu.
10. Sebab itu Ku Li dengan sinis berkata, “mana satu kah yang lebih merbahaya
pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak
pada 6.2.09?”. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh menyaman
Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang
dibenarkan oleh perlembagaan yang mana pemimpin UMNO sendiri yang memberikan
laluan pada tahun 1993.(Star Online 17.2.09). Tiba-tiba sekarang orang UMNO
pulak menjerit marah pada Karpal. Sepatutnya orang UMNO kena marah dan sumpah
seranah pada pemimpin mereka kerana disebabkan pemimpin mereka lah maka
martabat raja Melayu sebegitu rupa sehingga boleh dibawa ke mahkamah. UMNO ni
memang BENGONG!!!
11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra untuk menggantikan Sultan
Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Dato’ Annuar Musa. Ini lagi
memalukan. Apaka ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?
12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis bahawa Sultan
Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan mempunyai bukti mengenainya
(BH 11 Jun 1993).
13. Mohamad Taib (Mat Tyson) kata Nizar derhaka. Apakah dia telah lupa yang dia
bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor dan adinda Sultan Selangor sekarang)
kemudian kahwin lari di Thailand? Masa tu dia masih jadi MB Selangor. Ini kah
perangai seorang MB dan kemudian bercakap tentang soal derhaka? Cakap
berdegar-degar, [jgn mencarut!] penuh taik!!!
14. 23 Adun Terengganu ugut untuk boikot angkat sumpah Ahmad Said selepas PR
2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris
Jusoh juga jadi MB. Manakala penyokong UMNO pula mengangkat kain rentang memaki
Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai ‘binatang’ (NATANG).
Apakah polis sudah buta sehingga tidak tahu siapa yang pegang kain rentang itu?
Kenapa tidak tangkap mereka kerana menghina sultan? Kenapa polis boleh pulak
tangkap mereka yang berdemo di hadapan istana Kuala Kangsar pasa 2.2.2009?
15. Shahidan Kasim pulak boikot perlantikan Isa Sabu sebagai MB Perlis. Tidak
derhaka kah dia kepada Raja Perlis?
Kesimpulannya:
1. Orang UMNO memang tidak layak untuk bercakap soal derhaka kerana UMNO lah
bapak kepada segala penderhaka.
2. Orang UMNO tidak layak bercakap soal banteras rasuah kerana tidak ada
pemimpin UMNO yang bersih dari rasuah.
3. Orang UMNO tidak layak bercakap soal kebajikan pada rakyat kerana mereka lah
yang paling banyak ‘menghisap’ darah rakyat.
4. Orang UMNO tidak layak bercakap soal bantuan kepada rakayat kerana mereka
lah yang paling kuat ‘mentekedarah’ duit rakyat. Duit orang miskin pun
dibahamnya!
5. Orang UMNO tidak layak bercakap soal nak jaga keselamatan rakyat kerana anak
raja pun dibawanya lari. Orang biasa dibunuhnya. Orang asing dibomnya pulak.
Jadi, di mana selayaknya UMNO……… di dunia ini dihumban ke dalam penjara dan di
akhirat nanti sudah tentunya ke NERAKA JAHANAM!!!!!!!