* Menjadi Isteri Solehah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah Huraian Pengajaran Hadis: i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.. iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.. v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia. * ** *Kurang Agama Dan Kurang Akal* *Hadith : * *Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: * *“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah * *istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah * *yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang * *cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa * *kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” * *Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari * *suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama * *yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. * *Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud * *kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: * *“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita * *sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan * *kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang * *pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan * *Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” * ** * * *(Muslim)* * * *Huraian Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan * *berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan * *itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama * *bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadam* *kan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang * *perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan * *ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan * *amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, * *kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan * *yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan * *bahkan menjauhkan diri daripada Allah. Manakala perempuan dikatakan * *kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, * *tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu * *dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. * *Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi * *dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman * *pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama * *rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan * *antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.* -- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.
