*Ancaman Terhadap Penyebar Dusta*
**
*Menyebut-nyebut khabar bohong atau dusta di *
*kalangan orang yang beriman bukanlah pekerti *
*orang yang beriman sejati. Seorang mukmin tidaklah
punyai masa terluang buat*
*menyebarkan berita keji. Sedangkan jika benar *
*di suruh menutupnya, apa lagi jika hanya semacam *
*propokasi belaka untuk menambah kekacauan.
Tukang siarkan berita bohong*
*akan disiksa di dunia dan di akhirat.

*
*ALLAH berfirman yang bermaksud:*
*Sesunguhnya orang-orang yang suka sekali supaya tersebar *
*berita-berita keji dalam kalangan orang-orang yang beriman,*
*mereka akan mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. *
*ALLAH yang Maha Tahu dan kamu semua hendaklah mengetahui.*
*(Ayat 19- Surah An-Nur)*
**
*Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau turuti jejak*
*langkah syaitan, kerana syaitan hanya menyuruhmu berbuat *
*kejelekan dan kemungkaran. Kalau bukanlah kurnia ALLAH*
*kepada kamu dan rahmatnya, tidak seorang pun jua diantara*
*kamu yang bersih dari dosa, tetapi Tuhan ALLAH membersihkan*
*sesiapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH Maha Mendengar dan*
*Mengetahui.*
*(Ayat 21)*
**   *Jangan Berbohong* *Hadith :*  *Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar
nabi SAW bersabda:
”Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera
yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” *
*  (Bukhari)
*
****  *Huraian
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya:
Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan
apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW
menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam
dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada
Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku
 bahawa dia tidak dapat
meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:
” Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata
dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu,
lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya
kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat
baginda itu."Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika
saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku
bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti
dari berzina.**
*




-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.

Kirim email ke