Bismillaa hirrah maa nirrahim
Sungguh malang !
Kekuatan yang ada pada kita semakin lemah dan bertambah teruk.!
Betapa bijaknya masyarakat Melayu menyimpan Islam pada diri mereka, kali ini
pula mereka mahu menguasai istilah Allah sebagai milik eksklusif mereka.
Islam yang ada pada kita tidak diserbarkan ! "Cantik terpelihara" di kalangan
masyrakat Melayu sehingga majoriti Cina dan India masih lagi tenggelam dalam
agama syirik mereka. Buktinya, lebih lima puluh tahun kita merdeka, pola kaum
dan anutan agama di Malaysia hampir tidak berubah. Bukankah Islam itu milik
semua, tak mengenal Cina, India, Arab atau pun Melayu?
Di Malaysia, secara dasarnya, mana ajenda dakwah kepada bukan Muslim ?
Kita sendiri, bagaimana pandangan kita terhadap jiran dan kawan yang belum
Islam ,
ada kita rancangkan sesuatu ? Kalau ada Alhamdulillah.
Kalau tak ada, cepat-cepatlah bersedia mencari jawapan di hadapan Allah nanti,
bila jiran atau kawan kita mengadu pada Allah yang kita tidak berusaha pun
untuk selamatkan aqidahnya, sewaktu dia hendak dihumban kedalam neraka. Mungkin
kita yang dulu ditariknya, na'uzubillah.
.
Realiti kita masyarakat Melayu "Islam adalah untuk kita sahaja".
Iman adalah milik kita, istilah Allah pun hak kita, pinjam pun tak boleh !
Betapalah ekslusifnya kita menyimpan nama Allah.
Sampai terpaksa dibahaskan dalam Parlimen..nak simpanka, nak syerka ?
Inilah keadaan kita, bila kita dah lama tinggalkan tugas dakwah kepada bukan
Islam, sekarang kita rasa janggal dan pelik untuk memulakannya. Dakwah kepada
Cina, India, Kristian, Hindu dah tiada lagi...!
Dan lebih malang lagi, kita pula jadi takut bila mereka mahu mengggunakan nama
Allah dalam tulisan dan kitab mereka. Sepatutnya kita bersyukur bila mereka
menyebut dan menggunakan perkataan Allah. Inilah yang Allah yang sebut dalam
Quran, cuma kita perlu baiki kesalahan aqidah mereka.
Firman Allah dalam Surah Al Ankabuut ayat 63,
maksudnya
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang
musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan
dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur
disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak
menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
Quran sendiri tidak pernah menyanggah penggunaan nama Allah oleh kaum musyrik
di Mekah, malah digunakan oleh kaum yahudi dan kristian disana. Rasulullah juga
tidak melarang mereka menyebut Allah ketika berucap dengan orang beriman.
Kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam
Bible, buku-buku dan doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum
muslimin sejak dahulu yang membantahnya.
Allah menyebut dalam Quran: (maksudnya)
“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah
salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa.
(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah
kesilapan aqidahnya, dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.(triniti
dalam kristian)
Saudara sekelian,
Bukankah penggunaan nama Allah dalam terjemahan bible nanti, akan membuka
peluang bagi kita berdakwah dan membincangkan aqidah dengan lebih mudah ?
Di Sarawak sebagai contoh, pelajar kristian yang tinggal bersama pelajar
Muslim, banyak yang menganut Islam bila mereka mula bertanya tentang konsep
triniti (ketuhanan dalam kristian) yang amat sukar difahami. Ramai di kalangan
mereka menjadi pendakwah gigih setelah membebaskan dari kekeliruan aqidah.
Kenapa kita terlalu takut dengan kalimah Allah dalam bible, buku, majalah atau
penggunaan mereka dalam gereja? Adakah kita bimbang dan panik dengan remaja
kita yang akan terpesong akidahnya disebabkan istilah itu. Betapa lemah dan
longgarnya iman dan aqidah mereka. Seolah-olah mereka celaru hari siang dengan
malam. Di manakah salahnya, jika inilah realiti remaja atau penganut Islam
sekarang? Apakah takcukup pendidikan di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga
begitu longlai.. Apakah sukatan pelajarannya lemah, atau tanda-tanda kegagalan
pendidikan agama yang ada sekarang. Sebenarnya perkara inilah yang mesti
dibetulkan segera.
Pendapat saya , marilah kita lihat kebelakang sebentar, apa yang Rasulullah dan
para sahabatnya tunjukkan. Mereka adalah kumpulan manusia yang telah menjalani
tarbiah jiwa, sahsiyyah dan pemikiran sehingga menjadi kumpulan manusia yang
unggul, menjadi saksi kepada orang lain. Mereka terus mendidik jiwa mereka,
tanpa lupa untuk mengajak dan berkongsi dengan orang yang belum berpeluang
mendengar Islam dan berusaha membuka jalan hidayah untuk semua manusia.
Rasulullah adalah rahmatan lil 'alamin.
Saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian,
Syurga Allah itu luas, janganlah kita hadkan syurga untuk diri dan
keluarga kita sahaja.
1)Mari bersih dan baiki diri,
2)dalam masa yang sama cari dan ajaklah kawan-kawan untuk merasai kepentingan
berdakwah kepada bukan Muslim. Di sini saya tidak nafikan pengislahan diri
dan dakwah kepada muslimin adalah perlu dan diutamakan. Pengislahan mesti terus
berjalan, namun kita tidak boleh meninggalkan bukan Muslim yang telah jauh
tersesat.
3)Libatkan diri dengan mereka yang bekerja menyampaikan Islam kepada non
Muslim. Zaman bersembunyi dah berakhir, zaman kedekut dah habis, jangan lagi
simpan Islam dan kalimah Allah pada diri kita.
4)Menafaatkan kursus-kursus dan latihan yang disediakan oleh badan kerajaan
dan bukan kerajaan.
5)Lihatlah jiran dan kawan non Muslim kita sebagai customer atau pembantu kita
untuk memperolehi syurga Allah. Buanglah rasa curiga dan persaigan bila bertemu
dengan mereka.. Rasa hati dan perubahan ini perlukan banyak masa dan latihan.
Kita doakan semuga banyak lagi pihak yang sedar akan kepentingan untuk
tingkatkan keupayaan diri berhadapan dengan tugasan berkongsi laluan hidayah
dengan non Muslim.
Hanya Allah saja yang memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya.
6)Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan.
Akhir kata, janganlah dakwah hanya berlaku di sekitar orang Islam sahaja. Atau
pun hanya dalam surau dan mesjid ketika ceramah atau khutbah . Jom kita sentuh
mereka , jom kita bercampur dengan mereka, semestinya dalam batas-batas yang
dibenarkan Islam.. Kita akan semakin lemah seperti sekarang, jika masih belum
mengajak mereka.
Jika kita benar-benar bimbangkan anak-anak remaja kita, jika kita mahu menjaga
keharmonian antara kaum, dan memelihara hak-hak orang Islam, jangan tinggalkan
tugas ini ! Serulah mereka kepada Islam.
Segala yang baik dari Allah jua.
Mohan keampunan jika ada yang terkasar dan tak kesampaian.
Wassalamu'alaikum w..w.
________________________________
Kursus Akar Umbi Kristianiti
Dikendalikan oleh Ustaz Amin Yaacob, Pakar perbandingan
antara agama (kristian ) dan bible
Beliau telah menyampaikan banyak
ceramah dan kursus di seluruh negara
termasuk di gereja-gereja.
Sehingga kini 260 orang telah dilatih untuk berdakwah dengan
hikmah.
Yuran; RM 80 sahaja { 4x Hari Ahad }
Nota, makan tengahari, kudapan dan sijil disediakan.
Pengenalan- Kursus Akar Umbi Kristianiti (AUK),
Satu kursus pendedahan kepada asas-asas ugama kristian,
doktrin-doktrin, membincangkan sebab-sebab berlaku kekeliruan
dan pemesongan yang jauh dari Wahyu Allah- agama Nabi Musa
dan Isa, menbincangkan Kefahaman kristian yang merujuk
kepada cacatan dan rujukan yang telah dirosakkan.
Pengetahuan ini akan jadi pemangkin kepada mereka yang
mahu berdakwah di dalam masyarakat majmuk tetapi terhalang
disebabkab beberapa kekurangan pada pendakwah Islam.
Peserta akan juga didedahkan dengan banyak informasi tempatan,
dan semasa sehingga mampu bergaul dan mengajak kawan dan jiran
kristian kepada Islam. Keupayaan ini memudahkan kita berdakwah
dengan penuh sabar dan hikmah.
Kursus ini mampu membuka minda kita sehingga membolehkan kita
merasai kewajiban untuk membawa kawan-kawan dan lawan memahami
Deen Islam dengan lebih baik.
....Saya menghantar ketiga-tiga anak remaja saya mengikuti AUK selepas saya
sendiri merasai kebaikannya dua tahun lepas . Tiada lagi kebimbangan dengan
suasana yang mencabar di luar, tiada lagi takut dengan "Kitab Bible" dalam
pasaran. Anak-anak saya melihat kawan-kawan kristian mereka seperti orang yang
teraniaya yang perlu di bimbing, dan mereka sedang melaksanakan. .
Catatan
Peserta AUK Pertama
Bagi yang berminat menyertai Kursus Akar Umbi Kristianiti ini,
segera hubungi :
Tuan Hj Jaafar Siddik di talian 019 3149217.
Tempat adalah terhad
Sila sampaikan. Terimakasih
Wassalamu'alaikum w.w.
________________________________
Kursus Mesra Perbandinangan Agama
Sila hubungi En ShahKirit
Saba Islamic Media
Setiawangsa KL