Posted: Tue Mar 10, 2009 4:55 pm Post subject: pak lah makan tengah hari
dengan anwar
Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya
di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang
penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah
dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor.
Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan
Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi
tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin
dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan
Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan
dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi
tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar
bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari
sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah.
Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam
1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata
berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga
dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana
Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di
sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar
bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau
yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat
Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan
masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin
dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana
ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang
sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat
sebagai bermusuhan selama ini.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!”
begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa madrasah berkenaan enggan
menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang
dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar
jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar
pembentangan bajet mini oleh Najib.
Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa ini akan menyusul selepas ini. [h
langkat 3:45 pm 10/03/09]
msomelayu.blogspot.com