Alangkah bagusnya kalau semua Melayu berfikiran seperti anda Amri. Realitinya 
orang Melayu kini sudah mulai merasakan diri masing2 dah bersedia berdiri 
sendiri tanpa bantuan kerajaan - itu sebab kerajaan yang diterajui Melayu 
(walaupun BN terdiri daripada pelbagai parti tetapi UMNO memimpin, tapi PR di 
Perak siapa terajunya?) hendak dihapuskan supaya segala-galanya sama rata - 
Saya belajar perkataan samarata ini sejak kecil lagi apabila mempelajari sistem 
pemerintahan sosialis-komunis. Bunyinya amat baik tetapi tahukah anda dengan 
demikian segala-galanya akan disamarakan haknya. Tanah rezeb Melayu akan 
dihapuskan, hak istimewan orang Melayu akan dihapuskan, hak masuk universiti 
juga tidak memilih kaum - sama rata sama peluang. Sekolah asrama penuh akan 
dibukakan kepada semua, MRSM juga akan dijadikan terbuka kepada semua. MARA 
kena dihapuskan sebab tidak selaras dgn hak serbasama. Anih, Melayu sekarang 
nak korbankan apa yang ada pada diri mereka -
 samalah menyerahkan milik peribadi kepada orang lain. Bijak betul Melayu hari 
ini. Saya setuju dgn Amri kita kena didik anak2 kita supaya jatidiri Melayunya 
tinggi. Orang Melayu dah bersedia menyerahkan hak mereka kepada bukan Melayu -- 
syabas. Jadilah milik semua!! Melayu akan merintih di tanah airnya sendiri - 
once defeated there is no way to recover easily. Samalah certia "Belanda Diberi 
Tanah".
Bersorak rianglah kaum pendatang dan berjayalah mereka sebagaimana pendatang 
menguasai Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Di mana penduduk 
asli negara2 tersebut? Saya pernah melawat Indian Reservation di USA dulu - 
amat sedih nasib mereka-- mereka diberi tanah yang amat gersang untuk dicucuk 
tanam - perkampungan mereka tidak ada bekalan air dan sebab itu mereka kena 
pergi ke bandar untuk mendapatkan bekalan air untuk di bawa balik ke 
perkampungan mereka. Sedih. Dan saya berdoa ini tidak akan terjadi kepada 
bangsa Melayu. Malaysia akan jadi MA LEE XIA. Anak cucu kita kan kecingkan 
kubur datuke mereka yang telah menjual hak mereka kelak. Sdr Amri gunakan 
pengaruh untuk menyatukan bangsa Melayu. Masalahnya kini Melayu nak 
menghapuskan bangsa dan menggantikannya dengan perjuangan untuk Islam. Walaupun 
baik tetapi kita sama2 tau Melayu itu Islam - kok mati masih ditanam di 
perkuburan Islam. Tapi malangkan Melayu hari ini asyik mempersoalan
 keIslaman orang lain tanpa melihat diri sendiri - seolah-olah mereka maksum 
dan orang UMNO tu "munafik" dan tak layak diiktiraf sebagai Muslim. Mereka dah 
berani mengambil alih peranan Allah swt menetukan siapa yang akan ke syurga dan 
siapa akan ke neraka. Ish..isy...ish. Baculnya! Well Sdr Amri. Mari bersama 
perjuangkan Islam-Melayu dan mempertahankan hak kita di tanah air kita sendiri 
- TANAH MELAYU. I AM PROUD TO BE A MALAY AND WILL PROTECT THIS MALAY LAND.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, March 9, 2009 11:28:06 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu Bersatu?


Bersatu teguh, bercerai roboh
..Begitulah bunyi pepatah melayu yang menggambarkan betapa pentingnya perpaduan 
dan bahayanya perpecahan. Ertinya, orang Melayu cukup faham peri mustahaknya 
perpaduan. Apatah lagi kalau Melayu itu Islam, soal perpaduan ini akan jadi 
lebih penting.
 
Islam mahu kita hidup bersatu pada, berkasih sayang, bertolong tolongan dengan 
IMAN sebagai pengikat. Ibarat batu bata yang tersusun, simenlah pengikatnya. 
Ini penting, kerana rahmat dan kejayaan hidup sesuatu bangsa bergantung kepada 
faktor itu. Sebab itu kita lihat umat Islam pada zaman Rasulullah bersatu padu 
dan saling berkasih sayang. Hasil didikan Rasulullah , kaum muslimin menjadi 
saperti satu keluarga. Ini di gambar dalam sabda baginda, yang bermaksud " 
Kasih Sayang orang mukmin itu ibarat satu badan. Yang mana kalau satu anggota 
sakit, maka anggota yang lain turut sakit hingga terpaksa berjaga malam"
 
Dalam isu semasa umat Melayu dan orang orang politik lantang melaung laungkan 
tentang perpaduan Melayu. Melayu mesti bersatu kata mereka. Bagaimana hendak 
bersatu.Penghalang utama penyatuan sebenarnya adalah orang orang politik Melayu 
sendiri. Mereka sombong, ego, angkuh, dan takabur  dengan pendapat kumpulan dan 
parti masing masing.Masing masing ada agenda politik tersendiri.Masing masing 
tidak mahu bertolak ansur. Mereka "selfish" kerana masing masing hendak jadi 
jaguh perpaduan Melayu. Mereka mahu kalau Pernyatuan umat Melayu berjaya biar 
lah ianya berlaku melalui tangan mereka.Dari itu terjadi lah pertembungan di 
antara mereka yang menyebabkan Melayu lmakin perpecah. Yang amat di kesalkan 
Melayu Melayu ini mengaku umat ISLAM. Hancur Melayu hancurlah ISLAM.
 
Kalau begitu di mana perpaduan yang sebenar yang mereka bawa? Jawabnya ia lah 
di mulut. Tidak di dalam hati dan realiti kehidupan. Seorang menteri berada di 
atas pentas melaungkan perpaduan rakyat. Itu sebenarnya hanya slogan kosong 
yang tidak akan berhasil apa apa.Bagaimana dia nak ajak rakyat bersatu padu, 
bagaimana dengan rakyat dia boleh berkasih sayang  sedangkan dia sentiasa 
memeras hak rakyat dan tidak memberi apa apa untuk mereka. Apa lagi kalau 
gayanya di atas pentas itu angkuh, penuh emosional, dan mengugut ugut serta 
menakut nakutkan rakyat. Bukan begitu caranya membina perpaduan, tidak semudah 
itu.
 
Perpaduan adalah buah kasih sayang. Sedangkan buah kasing sayang yang hakiki 
antara manusia hanya akan wujud di dalam hati hati manusia yang beriman dan 
bertaqwa..
Maknanya asa perpaduan itu ialah IMAN dan TAQWA.Hanya hati yang suci yakni yang 
beriman yang akan selamat dari sifat sombong, takbur, tamak, hasad dengki, 
dendam, bakhil dan lain lain. Selagi hati manusia berkarat dengan sifat sifat 
keji (mazmumah) ini, nescaya tidak akan memberi hasil yang di harapkan.
 
Berdasarkan kenyataan saya di atas peluang untuk Melayu bersatu padu sekarang 
ini adalah amat tipis sekali. Mungkin bolih berlaku kot, jika Allah turunkan 
mala petaka saperti serangan fisikal musuh dari luar atau dalam, itu pun susah, 
kerana kita lihat tsunami yang berlaku satu ketika dahulu masih tidak dapat 
menyedarkan umat,khasnya umat Melayu untuk bersatu.
 
Pembinaan perpaduan mesti dilakukan dari awal umur melalui sistem pendidikan 
yang berterusan.Dari peringkat keluarga dan seterusnya di pusat pusat pengajian 
ibu bapa dan guru mesti melaksanakan perkara perkara yang bolih mencetuskan 
kasih sayang antara diri mereka dengan anak anak dan murid.Kalau institusi 
keluarga, sekolah , kolej dan universiti bolih melahirkan orang yang berkasih 
sayang , dengan kata lain orang yang berpadu, maka itu lah langkah awal ke arah 
membina masyarakat yang berpadu. itulah perpaduan yang sebenarnya. Ertinya 
perpaduan itu mesti bermula di tempat di mana ilmu itu di ambil.

Amri el Wahab
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri. blogspot. com 

   


      

Kirim email ke