Assalamualaikum...

Alhamdulillah banyak saranan dari penulisan ini dalam mengikut sunah 
rasulullah.. mungkin kita terlupa suatu sunah nabidi sini.. "poligami".. Kita 
tak perlu mencapai tahap nabi untuk mengikut sunahnya berpegangan tangan dengan 
isteri... adakah kita perlu menyaingi tahap nabi untuk berpoligami... Pernahkah 
kita persoalkan apa tujuan nabi berpegangan tangan, cincin apakah yang nabi 
belikan untuk isteri-isterinya... Namun kita ada seribu persoalan,syarat dan 
kelayakan bila menyebut berpoligami... dan kita ada seribu penjelasan kenapa 
dan kenapa nabi berpoligami...sehingga ia hanya tinggal hanya sebagai sunah 
dalam kitab...... renung renungkan




________________________________
Daripada: "[email protected]" <[email protected]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Khamis, 5 Februari, 2009 10:43:29
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Romantiknya Rasulullah S.A.W.


"Sifat Romantik Nabi Muhammad"

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem
Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada
suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya
siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu
kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang
daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak
memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul
lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang
yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja
yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila
pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang
budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan
setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda
bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana
dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah
SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku
bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya...
 

   


      Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke