Isu moral, suami kacau isteri orang dan rasuah politik dalam Umno
from "BERANI KERANA BENAR!" by Zabidi Bin Morad

PENOLONG
Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan jurugambar NASIR SUDIN baru-baru
ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir
Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya,
politik wang dan isu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr
Mohamad Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda
Umno Klang itu berlangsung di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac
lalu.

HARAKAH: Apa status kes nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn?

SUFFIAN:
Pada 23 April depan ia akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan
peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan
kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia
langsung tak datang.

Apa yang saudara mahukan dari kes ini sebenarnya?

Saya
nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada
apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam
masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.

Dia
dakwa saya macam-macam ... 'the damage is done' walaupun dia sudah
tarik balik saman fasakh ke atas saya. Dia kata dia nak berbaik-baik
semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling ... tetapi sampai
sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak
pernah berinteraksi dengan anak-anak.

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak, di mana kejadian 
ini berlaku?

Ketika
Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada 2005. Berlaku di
bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam
surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan
laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

Setakat ini status laporan polis bagaimana?

Tiada
sebarang tindakan dan sudah empat tahun ia terjadi. Tapi kes Elizabeth
Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang
itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan
kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan
Islam ... malah isunya ialah orang menceroboh 'privasi'. Tapi kes
isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar,
video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan
seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin Wanita Umno.

Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?

Dato'
Seri Khir Toyo ... tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah
sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati
kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga
reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi
calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada
pengaruh nak sokong dia dalam pemilih 


Bukan
masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Memang bekas
ahli Parlimen Gombak itu digugurkan tetapi kenapa Norhayati masih
dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas.

Sudah berapa kali kejadian itu berlaku?

Banyak
dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama
hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu
ada tarikh dan masa. Apabila saya 'check' memang tepat.

Ada yang kata teknik super-impose (cantuman, tindanan)? 

Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi 
... tengok. Super-impose ke tidak?

Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli Parlimen Gombak itu?

Ada,
saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu
.... hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya ... yang
peluk-peluk itu apa, apa lagi saya pun bergasak .... Lepas itu saya
buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan.

Apa lagi bukti? 


Ada
video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth.
Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu ... (Suffian
mengalirkan air mata)

Bukankah saudara 'orang kuat' Khir
Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk
'mencari' dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu?

Ya betul, saya
memang orang kuat dia ... dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo
siap cabar lagi, "dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah".

Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama 
melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno?

Saya
dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno
yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma
saya 'respect' juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku
bertanggungjawab macam Dato' Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi
pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang
tak mengaku. Jujurlah.

Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan?

Ada,
banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan
keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya
dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi.

Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri?

Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak 
dengan ibunya dengan .... 


Malu
nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin, apatah lagi
ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia 'lobi'
pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu.

Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan 
layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno?

Jangan
jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar.
Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak
bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi
Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan
bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris
kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia.

Begitu juga dengan Norhayati yang akan bertanding Exco Wanita Umno ..


Inikah
yang akan memimpin bangsa dan agama? Kalau hobinya buat kerja lain,
baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta
ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya
orang lain terutamanya anak-anak ... Anak saya yang kecil tiga
tahun...kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan
jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes
itu ... ayah yang menjaga bukan ibunya.

Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti 
saman atas pendedahan isu salah laku moral ini?


Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Norhayati.


Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah 
dibendung, apatah lagi dengan wujud SPRM?


Ia
dah berakar umbi. Dahsyat dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah
juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang,
itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit ... macam
mana tu?

Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh
tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud.
Budaya kita lebih kepada kebendaan. 'What can I get? At the end of the
day' hanya beberapa orang perwakilan yang ada 'kuasa' untuk memilih
kita.


Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka
masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90-an ada duit RM1,000. Koyak dua.
Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik.
Boleh pakai. 


Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari?


Umno
ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada
kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang
seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa
ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung
Umno menyatakan bahawa ia dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua
tidak didedahkan.

Semua 'korupsi' dan tiada seorang pun yang bersih?


Ada
yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang
benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah
tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang 'genuine'. Saya suka
macam Allahyarham Dato' Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang.

Bagaimana dengan tindakan anak Dato' Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah 
halang Perhimpunan Agung Umno 27 Mac ini?


Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes 
ke Mahkamah akan dipecat.

Bagaimana isu rampasan kuasa di Perak?


Saya
rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut 'procedure'. Dia akan buat 'smart
move'. Bawa ke Dun, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang
nampak macam 'hijack'. 
 

Kirim email ke