Kita dok dengar macam-macam agensi wujud bagi membantu mereka yang miskin 
tapi hairan juga mengapa yang merempat terus juga merempat. Mana peruntukan 
rumah untuuk rakyat termiskin, bagaimana pula peranan jabatan kebajikan 
masyarakat ?? Apakah agensi-agensi ini pilih bulu dalam menghulurkan bantuan 
?? Saya dengar-dengar pelajar sekolah agama YIK/ SAR tidak mendapat pembelaan 
sewajarnya terutama dari agensi-agensi di bawah kerajaan Pusat. Kabarnya ? dua 
tahun lepas sudah ada MoU antara YIK dan Kementerian Pelajaran tapi saya tidak 
pasti kerjasama dalam bentuk yang bagaimana.
 
   Agensi bertanggungjawab dalam hal ehwal kutipan zakat ialah Majlis Agama 
Islam tapi bagaimana pengagihan zakat dibuat tidaklah diketahui sangat. Adakah 
dibayar kepada penerima setahun sekali ? Apa tidak bolehkah ianya digunakan 
bagi membiayai pelajar-pelajar dari keluarga miskin secara bulanan dari awal 
persekolahan hinggalah mereka menduduki SPM/STPM/STAM selagi keluarga mereka 
dikategorikan sebagai miskin !! Mungkin RM50 setiap bulan bagi pelajar yang 
prestasi akademik mereka cemerlang dan RM30 bagi yang tidak begitu cemerlang
 
    Tentang peruntukan pembaikan/pemulihan rumah mungkin ada dari agensi-agensi 
ini tidak berminat dengan pembiayaan membaiki rumah-rumah yang dhaif kerana 
kosnya kecil maka ? "untung" mereka pun tak seberapa dibanding 
dengan peruntukan bagi membina rumah yang kosnya lebih besar dan peluang meraih 
"untung" juga agak besar !! Beberapa orang sahabat saya adalah saudara baru. 
Seorang dari mereka punyai anak agak ramai (? 10 orang). Sudah berpuloh tahun 
dia masih menyewa rumah (rumah kayu sahaja), menurutnya ada juga terima bantuan 
zakat untuk persekolahan anak tapi hanya di awal tahun. Mungkin kaedah  bantuan 
zakat yang diagihkan diubahsuai dengan diberikan setiap tiga bulan di samping 
sebahagiannya di awal tahun.
 
    Saya difahamkan saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan Jabatan 
Agama Islam Selangor (JAIS) yang datang ke Kelantan bagi mendalami agama Islam 
kalau tak salah saya setiap bulan menerima RM300 setiap orang sejak lama dulu. 
Jumlah itu  ditambah jika berkeluarga. Saya tidak pasti tentang jabatan 
agama/majlis agama negeri-negeri lain. Saya rasa amalan JAIS dalam perkara ini 
wajar dicontohi. Wallahu'alam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 3/19/09, zai...@yahoo.com <zai...@yahoo.com> wrote:

From: zai...@yahoo.com <zai...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] INILAH RUMAH SAYA
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, March 19, 2009, 7:56 PM








Syukur alhamdullillah kita dapat hidup didunia ini.kesusahan didunia tidak 
sehebat siksa dakhirat. selalu kita diwar2kan raja berjiwa rakyat  menteri 
besar digelar tokguru wakil rakyat  dan parlimen berjiwa rakyat  mana mereka 
semua yang mengaku  akan membela rakyat  mana wang zakat  digunakan mana harta  
negara dan negeri dibelanjakan  semua ini akan  disoal dakhirat kelak  insaflah





Daripada: "Fatkurradzi@ yahoo.com" <Fatkurradzi@ yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Sabtu, 14 Mac, 2009 1:49:50
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] INILAH RUMAH SAYA




Salam
 
FYI, TQ!

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

INILAH RUMAH SAYA
Utusan Malaysia, 14 Mac 2009
 









Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di 
rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – 
UTUSAN/Hafiz Johari


Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk 
seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi 
pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil 
membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata 
berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah 
ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. 
Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), 
Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan 
berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang 
agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah 
Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata 
kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran 
untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia 
terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik 
kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat 
manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi 
bilik belajar tetapnya pada setiap hari..

[Message sent by radz...@gmail. com via AddThis.com. Please note that the 
sender's email address has not been verified.]
Thanks & regards

BLOG
http://islamicfinan ce2u.blogspot. com

FACEBOOK
http://www.facebook .com/profile. php?id=523313603&ref=profile# /profile. 
php?id=523313603&v=info&viewas=523313603

GALLERY 1
http://www.new. facebook. com/profile. php?id=523313603&v=photos

GALLERY 2
http://picasaweb. google.co. uk/islamicfinanc e2u/

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant

Mobile | +6013 391 2695        

Skype | fatkurradzi   Yahoo Messenger | fatkurradzi    Google Talk | 
islamicfinance2u



2009/3/14 <em...@addthis. com>

FYI, TQ!

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

[Message sent by radz...@gmail. com via AddThis.com. Please note that the 
sender's email address has not been verified.]






Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.















      

Kirim email ke