sekadar pendapat,
Pabila ijab dan kabul telah di sahkan,makanya isteri itu milik sepenuhnya 
suami...........
Inilah yang menjadikan suami ego dan tak sedar diri lalu lupa soal 
tanggungjawab.
Tanggungjawab suamisteri kepada kedua ibubapa mereka samada mertua atau 
sebaliknya adalah sama.
tiada soal derhaka kepada suami atau isteri jika kita ingin menunaikan 
tanggungjawab kepada ibubapa sekiranya
suami atau isteri tidak boleh/mampu utk bertanggungjawab secaraa adil 
terhadap kedua ibu bapa.

jika suami gagal mengambil tanggungjawab si isteri setelah berkhawin 
terhadap ibubapanya,sewajarnya si isteri
memikul tanggungjawab itu seperti waktu belum bekhawin.

"perkhawinan itu seperti mendirikan masjid"...setakat dua org je mampu ke 
membuat masjid?
boleh ke berjemaah Jumaat?
fahamilah ianya adalah penyatuan dua keluarga serta susur galurnya,maka 
besar keluarga itu...
tanggungjawab mereka pada sebuah penyatuan umpama nya seperti kita 
memuliakan masjid dan memeliharanya
siapa imam,bilal, serta makmumnya..?bapa,bapa,ibu ibu,adik adik,abang 
abang,anak saudara,.........dll









Cili Muda 
Sent by: [email protected]
30/03/2009 04:59 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Suami Ugut Cerai Sebab Tak Serah Duit Gaji






Lagi kisah kehidupan @ www.ceria.com.my


KISAH sebelum ini menarik perhatian Puan Shana turut sama memberikan 
pandangan berdasarkan pengalaman yang hadapi kini. Katanya, memang tepat 
kata orang tua-tua berumah tangga tidak semuanya berjalan lancar seperti 
sungai mengalir.

Kalau cerita Norzie suaminya banyak melebihkan keluarganya, demikian juga 
yang dihadapi oleh Shana, malah yang lebih teruk lagi, suaminya tidak 
menyukai keluarga sebelahnya, hinggakan untuk memberikan ibunya duit 
setiap bulan pun dilarang, inilah masalah besar yang sentiasa berlengkar 
dalam kehidupannya.

Bukan setakat itu, nak balik kampung pun ada jadual, tak boleh balik 
sesuka hati, malah kenduri-kendara mahupun majlis perkahwinan saudara mara 
dipilih-pilih malah dia tidak galakkan pergi, kalau pergi pun cuma saya 
seorang, demikian cerita Shana dalam e-mel kepada penulis, dan ketika kami 
berbual di telefon, katanya dia sering diugut akan diceraikan kalau tidak 
mahu mengikut kehendak dan kemahuannya.

``Saya tak tahu pengalaman orang lain, tetapi pahit maung yang saya lalui 
selama berumah tangga selama 8 tahun ini amat membebankan perasaan dan 
menekan jiwa saya. Walaupun kini sudah mempunyai 2 orang anak, boleh 
dikira dengan jari bilangan saya balik kampung dalam setahun, biarpun 
kampung saya dalam negeri yang sama.

``Masa mula-mula kahwin dahulu, suami saya Eddy memberitahu, rancangan 
masa depannya terhadap rumah tangga kami dan bagaimana kami boleh memiliki 
rumah sendiri dengan tidak payah menyewa rumah lagi. Rancangannya kalau 
diikut memang bagus, tetapi malangnya tidak berjalan lancar seperti yang 
dia sendiri susun.

``Rancangnya saya mesti serahkan gaji saya semuanya kepada dia kemudian 
dicampur dengan duit gajinya, kami boleh beli rumah dan kereta lebih baik 
daripada yang dia ada pada waktu itu. Sementara mencari lokasi taman 
perumahan yang elok dan dekat dengan tempat kerja kami, maka kami terpaksa 
menyewa rumah dahulu, saya mengikut saja.

``Dari sebulan setahun rumah masih tak ditemui, kalau ada pun rumah yang 
sesuai, lokasi tak baik, tak jadi beli. Kadang tu lokasi sesuai, tetapi 
kawasan perumahan tak cantik tak beli juga. Alasannya, kalau salah pilih 
setahun rumah dah roboh, buat apa! Ada juga kawasan tak sesuai kerana 
selalu banjir dan sesak dengan kereta pun dia tak beli.

``Tapi yang peliknya rumah sewa kami memang di kawasan sesak dengan kereta 
setiap pagi hingga ke malam dia tak kisah pulak, alasannya kerana rumah 
sewa. Kini sudah tujuh tahun kami duduk di tempat yang sama, dan sesak 
tapi dia tak pulak jadi masalah kepadanya. Bagaimana kereta kami kini 
sudah dua kali bertukar.

``Saya tak kisah kalau dia cerewet pasal beli rumah, kerana seleranya 
tinggi, tapi saya bimbang semakin lama bertangguh, harga semakin mahal dan 
pasti rumahnya bukanlah dekat bandar lagi, tentu jauh dari KL. Kalau pun 
ada harganya sekali lipat.

``Namun yang memeningkan kepala saya ialah bab menguruskan rumah semua dia 
nak buat, kalau tak mahu beli perabut saya tak kisah, tak tukar langsir 
empat lima tahun pun saya boleh sabar, sebab tak ada siapa nak datang ke 
rumah saya, saudara mara saya jauh sekali mahu datang. Kalau datang pun 
keluarga dia nak malu pun rumah tak cantik dia sendiri bukan saya, sebab 
saya tak ada duit dan tak ada kuasa dalam rumah sendiri.

``Semua Eddy tentukan. Perabut rumah kami yang ada cuma yang perlu sahaja, 
kerusi meja, peti sejuk, dapur, meja makan, set bilik tidur semasa saya 
kahwin dulu, itu sahaja. Permaidani pun tak ada, alasan Eddy ia berhabuk 
tak baik untuk kesihatan. Kipas angin saya ambil dari rumah emak sebab tak 
tahan panas, begitu juga pinggan mangkuk periuk belanga hadiah emak semasa 
saya pindah lepas kahwin dahulu.

``Eddy tak galakkan saya pegang duit takut saya boros dan membazir, kalau 
nak beli pakaian saya dan anak-anak dia ikut sama dan tentukan yang mana 
sesuai untuk kami. Tudung saya pun dia pilihkan. Biasalah kami beli 
pakaian setahun sekali dekat raya.

``Selepas lima tahun kahwin, saya rasa sudah tidak selesa lagi, janji beli 
rumah entah di mana saya sendiri tidak pegang duit gaji saya kecuali 
diberikan duit makan semasa di pejabat. Namun yang lebih membuatkan saya 
memberontak dalam hati ialah bila saya meminta duit daripada Eddy untuk 
diberikan kepada ibu bapa saya dia tak bagi. Alasannya kalau duit selalu 
keluar mana cukup nak beli rumah.

``Saya jelaskan kepadanya, kalau sebelum kahwin saya bagi emak bapak saya 
paling kurang RM200 sebulan, takkan sekarang RM100 sebulan pun tak boleh. 
Saya pujuk lagi gunakan duit saya itu bagi emak setiap kali hari raya dan 
hujung tahun waktu bukan sekolah untuk membantu adik-adik, itu pun dia tak 
bagi. Kadang tu selepas menangis dua tiga hari baru dia bagi RM100 setahun 
sekali. Mana cukup.

``Akhirnya bila uisa meningkat saya beranikan diri simpan duit sendiri dan 
saya beritahu Eddy saya akan uruskan makan minum, susu anak dan 
sebagainya, saya tak mahu beri duit padanya lagi, kerana saya kira duit 
gaji saya yang disimpannya selama 5 tahun sudah cukup untuk membayar duit 
muka rumah yang dirancang untuk dibeli itu.

``Perubahan sikap saya tentulah menjadi kemarahannya, dia merajuk tak 
balik rumah beberapa hari hinggakan saya terpaksa naik teksi dan bas ke 
tempat kerja. Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan saya menumpang mereka 
dan selesai satu masalah. Mulai bulan itu juga saya kirimkan duit untuk 
emak setiap bulan. Dan saya masih ada simpanan lagi. Amuk Eddy tak pernah 
surut, selagi saya tak menyerahkan duit gaji saya padanya.

``Namun saya sudah nekad tidak akan berganjak dari keputusan yang dibuat. 
Eddy mengugut, katanya isteri yang engkar pada suami tak cium bau syurga, 
tapi saya lebih yakin bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu.

``Saya cuba jelaskan kepadanya, kalau saya berbakti kepada emak saya dan 
bagi emak saya duit pun cuma beberapa tahun ini sahaja, paling lama 10 
atau 15 tahun, lepas itu entah ibu bapa saya ada lagi atau tidak. Sebab 
mereka dah tua. Tetapi saya akan terus berbakti atau menjadi kuli kepada 
suami saya hingga ke akhir hayat, kalau tidak kena cerai mungkin 30 atau 
40 tahun lagi, jadi mengapa marah kalau saya ingin berbakti dan memberi 
sedikit duit kepada ibu bapa saya. Tak lama!

``Lagi pun saya fikir bila lagi saya dapat membalas jasa ibu bapa saya 
yang selama ini membanting tulang membesarkan saya, suami mengambil saya 
sebagai isteri setelah saya dewasa, berkerja dan memberi hasil kepadanya, 
dia tidak bersusah payah menjaga saya, sebaliknya saya yang selama ini 
membantunya. Kalau saya sakit pun belum tentu dia boleh menjaga saya 
dengan baik seperti ibu menjaga saya dulu.

``Lebih penting, saya pun tak tahu jodoh dan kasih sayang saya dengannya, 
mungkin panjang mungkin tidak, mungkin dia kahwin lagi, atau mungkin saya 
dimadukan siapa tahu? Tapi kasih ibu kepada anak tak pernah padam. Saya 
katakan juga kalau saya tak pernah bertanya berapa banyak duit yang 
diberikan kepada emaknya setiap bulan mengapa hak saya dipertikaikan?

``Lebih memberatkan hati saya untuk menguruskan duit gaji sendiri setelah 
hubungan saya dengan ibu bapa dan adik-beradik saya cuba dibataskan, 
sebagai contoh, nak balik kampung di sekat, kenduri kahwin saudara mara 
kalau balik pun cuma saya sendiri, sedangkan dia tak suka berhubung rapat 
dengan keluarga saya.

``Kalau balik kampung saya semasa Hari Raya pun selepas tiga raya, tidur 
semalam esok balik tak sempat jumpa adik-beradiksaya, sebab mereka sudah 
balik ke rumah masing-masing, nak pergi ke rumah mereka, Eddy tak mahu. 
Belum pernah saya balik kampung pada raya pertama, sebab Eddy tak suka 
bergaul dengan ipar duai atau biras saya, lebih penting dia tak mahu 
keluar duit. Ialah takkan balik tangan kosong tak mahu beli daging sekilo 
ke, bagi duit raya pada anak-anak saudara ke, atau kepada ibu bapa saya!

``Sebab itulah saya bertindak menguruskan duit sendiri sebab saya tak 
nampak perubahan Eddy kepada kebaikan. Lebih menyakitkan hati saya bila di 
tanya berapa jumlah simpanan sekarang dah cukup ke untuk bayar duit muka 
rumah, jawapannya adalah sikit, tak banyak. Dia tak pernah beritahu saya 
jumlah sebenar, mengapa mesti sembunyikan jumlahnya daripada pengetahuan 
saya, bukankah kita berkongsi menyimpannya, jadi saya pun berhak tahu. 
Setiap kali bertanya ia akan mencetuskan pertengkaran, mula-mula dulu 
memang saya takut bertanya, tapi lama kelamaan saya dapati ketakutan saya 
itu menjadi senjata kepadanya supaya saya tak berani bertanya pada dia 
lagi.

``Betul kata Eddy bukan tanggungjawab saya beri duit pada ibu dan bantu 
persekolahan adik-adik. Tetapi apa tanggungjawab saya sebagai anak kepada 
ibu bapa yang susah, tergamakkan saya melihat adik-adik terkial-kial nak 
bersekolah?

``Saya bukan buta hati dan buta perut, sebagai anak saya rasa itu satu 
dari tanggungjawab saya. Inilah sahaja bakti saya kepada ibu bapa saya 
sebelum mereka meninggal dunia. Saya mahu mereka senang hati, emosi dan 
fizikal di hujung-hujung usia mereka. 

``Malangnya niat baik saya ini telah membawa masalah besar dalam kehidupan 
saya, kalau dahulu Eddy nampak gembira setiap kali balik ke rumah, tetapi 
sejak saya uruskan duit sendiri, dia tidak mahu lagi melayan saya dan 
anak-anak dengan baik, ada-ada sahaja yang salah terhadap diri saya. Saya 
faham semuanya kerana saya tidak serahkan duit gaji saya padanya setiap 
bulan.

``Bagaimana pun jika saya kembali seperti dulu menyerahkan gaji saya 
kepadanya, hati dan jiwa saya pula tidak tenteram, saya boleh berkorban, 
tapi sampai bila, sedangkan baru dua setengah tahun saya menguruskan duit 
sendiri, saya sudah boleh menyimpan hampir RM4,000 dan saya rasa Eddy 
sudah pasti menyimpan lebih banyak lagi kerana dia begitu berkira dalam 
berbelanja, baik soal rumah mahupun makan minum kami.

``Boleh dikatakan setahun sekali kami pergi berkelah ke Port Dickson pun 
susah, kalau pergi pun kami bawa bekalan makanan dan minuman, tak pernah 
makan di restoran. Kalau keluar belanja pun cuma duit minyak dan tol. Tapi 
saya tak kisah asalkan anak-anak gembira. Kebiasaannya kami cuma berhibur 
dan makan angin ke Taman Titiwangsa atau ke sungai-sungai perkelahan di 
pinggir kota. Tentu Eddy banyak simpan duit!

``Walau pun hubungan kami agak kurang mesra, tetapi hati saya tenang, saya 
rasa tak salah simpan duit sendiri. Benar saya mesti bersyukur kerana Eddy 
benarkan saya bekerja, tetapi kalau tidak bekerja, mampukah Eddy 
sendirian? Beli rumah dan kereta? Belum tentu lagi! Sepatutnya Eddy 
bersyukur sebab saya membantunya, tapi Eddy kedekut dengan keluarga saya 
kerana dia mahu simpan duit dan mahu cepat kaya. Eddy janganlah kedekut 
sangat!"

Demikian luahan rasa Shana terhadap suaminya, katanya dengan mencurahkan 
isi hatinya, walaupun Eddy tidak membaca ruangan ini, tetapi jiwanya 
tenang. Malah ketika kami berbual di telefon Shana memberitahu hatinya 
terasa lega sekali, bebas dari bebanan besar yang terpaksa dipikulnya 
selama ini.

Kata orang tua-tua berjimat cermat dan beringat tentang masa depan kita 
boleh senang, tetapi kita akan menjadi lebih senang, mewah dan mendapat 
keberkatan Allah jika kita banyakkan bersedekah, menghulurkan bantuan 
kepada mereka yang memerlukan, bermula dalam keluarga sendiri, ibu bapa, 
adik-beradik juga saudara mara yang susah. Hidup kita juga akan mendapat 
keberkatanNya di dunia dan di akhirat.
 
- MAIMUNAH 


Kirim email ke