Cubalah kita duduk di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke , pejabat Baitul 
Mal ke , pejabat Khidmat Masyarakat DUN ke. Pasti kita akan merasa insaf, pasti 
kita akan merasa kita ni lebih bertuah dari mereka yang datang mengadu nasib.

Selama ni mungkin kita hanya bandingkan nasib kita dengan jiran tetangga atau 
kenalan kita yang berkereta mewah, berumah banglo dan berjawatan tinggi. Tapi 
apabila kita mendengar pelbagai, ribuan keluhan masyarakat, baru kita sedar 
betapa untungnya kita ini.

Pelbagai kisah kepayahan hidup diadukan. Ada yang berbulan-bulan sewa rumah tak 
dapat bayar, juga bil air dan elektrik. Ada yang ditinggalkan suami. Ada yang 
tidak dapat mendapatkan rawatan perubatan. Ada yang keputusan bekalan makanan 
dan gas untuk memasak. Macam-macam kepayahan hidup manusia. Mereka ini 
jiran-jiran kita, mereka tidak mengadu pada jiran-jiran, tapi mereka datang 
berjumpa pegawai Kebajikan, pegawai Baitul Mal dan wakil rakyat.

Jika mereka ini tidak dibantu akan pasti akan berlaku pelbagai masalah sosial 
yang lain.

Justeru itu saya ingin mengesyorkan kepada mereka yang berkemampuan supaya 
memberi sumbangan makanan kepada agensi, persatuan atau individu yang 
menghulurkan bantuan. Ada banyak. 

Satu contoh mudah ialah jika kita hendak memberi sumbangan beras, kita boleh 
tempah dari kedai pemborong beras dan mereka boleh hantar ke mana yang hendak 
disalurkan.

Sebagai contoh di Senawang ini boleh beli beras di kedai pemborong berikut :
Beras House
No 29 G, Jalan Cempaka 28, Cempaka Commercial Centre 
70450 Senawang 
(sebelah Taman Seri Pagi , seberang jalan Secret Recipe Dataran Senawang)
Tel : 06-6784190 , Hasrul 017-4834221 , Mardiah 012-6631717

InsyaAllah mereka boleh hantar sekitar Senawang atau boleh hantar ke 
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi (http://mohdtaufek.blogspot.com )
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Gawat Ekonomi bolehlah kita tolong, Gawat Iman kita hanya mampu berdoa pada 
Allah agar diberikan taufik dan hidayah.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 




      

Kirim email ke