Assalaamu'alaikum

Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas di kalangan masyarakat Islam dan 
fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran 
serta syubhat ke atas Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab r.h masih lagi bersarang di 
dalam fikiran sesetengah umat Islam. Mereka terkeliru dengan dusta-dusta dan 
fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu 
ke atas Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab.

Kekaburan itu menjadi bertambah kelam apabila cerita-cerita sebenar mengenai 
Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab tidak sampai kepada mereka dan ketidakmampuan 
mereka dalam menilai sesuatu syubhat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan 
As-Sunnah.

Mereka dimomokkan dengan fitnah-fitnah yang menakutkan tentang Syaikh Muhammad 
‘Abdul Wahhab sedangkan beliau telah bertungkus lumus di dalam memperjuangkan 
Aqidah yang sahih, syariat yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan 
membersihkannya daripada perkara perkara bidaah dan kurafat yang mencarikkan 
kesucian Islam itu sendiri.

Keadaan mereka menjadi bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid 
buta mereka. Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada 
diri mereka bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah Syaikh 
Muhammad ‘Abdul Wahhab. Maka terjadilah segala fitnah fitnah dan syubhat 
mengenai Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab itu seperti fatamorgana yang beralun 
alun di padang pasir tatkala panas terik sedangkan apabila dihampirinya tidak 
ada satu apa pun yang didapatinya.

Andaikata seseorang itu mempunyai akal yang bersih daripada syubhat syubhat 
tersebut serta cintakan kebenaran nescaya beliau akan mendapati bahawa tuduhan 
terhadap Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab itu adalah tidak benar dan tidak berasas 
sama sekali.

Oleh itu kita berharap kepada saudara saudara sekalian agar berfikiran terbuka, 
bebas daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada 
Al-Quran dan As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta sentiasa 
mempunyai sikap ingin tahukan kebenaran.

Sekiranya anda ingin mengetahui kebenaran tentang Syaikh Muhammad 'Abdul Wahab 
dan Dakwahnya silalah baca karya karangan ulamak yang berasal dari Kedah, Tuan 
Guru Syaikh Muhammad ‘Abdul Qadir al-Mandeeli (Guru berbangsa Melayu di 
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi)

PART 1 : http://akob73.blogspot.com/2009/03/syaikh-muhammad-abdul-wahab-dan.html

PART 2 : 
http://akob73.blogspot.com/2009/03/syaikh-muhammad-abdul-wahab-dan_31.html

FINAL : http://akob73.blogspot.com/2009/04/syaikh-muhammad-abdul-wahab-dan.html

Sekian Wassalaam



Kirim email ke