Salam... Adois... sian ko CT... tak pasal2 di kaitkan dnegan politik... huhu. Pada OK... satu kesilapan CT... timing tak betulllll. Pergi Kelantan time PRK wakakaka. Patutnya hang pergi ke Bukit Gantang ke... Bukit Selambau ke...Takpun Batang Ai... wakakaka... Ni gi Kelantan time2 camni... apada... wakakaka...
Dahlah gi Kelantan... pergi plak jumpa Tuan Rumah. Huhu... Dah molek tu Jumpa Tuan Rumah... tapi... entah lah CT... nasib2... Balik Pahang lagi bagus CT... ekekeke Siti dan Datuk K nafi sertai PAS PERTEMUAN YANG MENGUNDANG KONTROVERSI..Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim Rabu lalu. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai PAS. Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini. "Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika dihubungi Bernama. tujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat. "Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya. "Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebihlebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya. Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. BERNAMA
