Pepatah Melayu dah ingatkan kita jangan biarkan yang dikejar tak dapat yang 
dikendong berciciran !! Kerana asyik dengan slogan ketuanan Melayu la itu la 
ini la (yang sebenar hanya slogan saja) untuk kepentingan ekonomi kononnya 
akhirnya Islam agama suci yang diterima tanpa susah payah (kerana lahir dalam 
keluarga Islam) tidak lagi menjadi keutamaan atau penghayatan dalam hidup. 
Apabila nilai agama Allah tidak diletak pada tahap sewajarnya maka pertolongan 
Allah tidak diperolehi. Sembah Allah sekadar main-main . Dalam solat ngaku 
segala keagongan Allah dan hanya Allah yang disembah tapi bila selesai saja 
solat macam-macam yang Allah tegah menjadi amalan rutin, pemerintah zalim 
ditaati dan disanjung !! Rakyat tidak akan berubah kalau pemimpin tidak 
berubah. Ramai pemimpin yang akhlak mereka dan iman mereka cukup gawat maka 
akhlak dan iman rakyat tentunya turut gawat.
 
     Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum tidak menjadikan ekonomi sebagai 
matlamat.Yang miskin masih mampu membantu yang miskin sedangkan pemimpin kita 
pula yang dah kaya pun dok sapu hak orang miskin. Ada sahabat Nabi tak makan 3 
hari masih terus berperang kerana mahu menyebarkan dan menegakkan Islam. Siapa 
yang didik mereka kalau bukan Rasulullah SAW sendiri ?? Rasulullah sendiri 
pernah tidak makan beberapa hari dan bukan untuk beberapa kali tetapi kerap 
kali !! Apa yang dimilikinya dan apa yang dihadiahkan kepadanya tidak ada yang 
kekal untuk dirinya melainkan diagihkan untuk pengikutnya yang miskin. Pernah 
Bilal ra. terpaksa berhutang untuk membolehkan Rasulullah membantu orang-orang 
miskin dan apabila suatu hari menerima hadiah dari ketua satu puak barulah 
hutang dapat dibayar dan selebihnya dipaksa nya Bilal r.a agihkan kepada semua 
yang memerlukannya. Bilal pernah dikutuk oleh pemberi hutang kerana lewat 
jelaskan hutang. Beginda
 Rasulullah tak balik rumah selagi harta itu tidak dibahagikan bahkan pernah 
bermalam di masjid kerana nak pastikan tiada apa yang tertinggal !!
 
    Bagaimana pula pemimpin kita yang berkuasa hari ini ? Kabarnya apabila 
membelanjakan wang kerajaan (wang rakyat) mereka perlu pula dibayar komisyen. 
Ada cerita beli kapal selam kapal jet dan macam-macam lagi yang komisyenya 
bukan ribuan ringgit tapi kabarnya ratusan juta !! Maka rakyat pun tak 
kuranglah hebatnya nak ikut jejak langkah pemimpin negara. Tak ada cara 
lain rasuah pun rasuahlah yang merompak cara merompak yang edar dadah cara 
dadah dan entah macam-macam jenayah lagi. Apabila pemimpin pembangkang 
bongkar kelakuan buruk pemimpin yang berkuasa polis akan ? heret mereka ke 
balai polis tapi macam-macam jenayah berlaku ? tidak mampu pula mereka nak 
selesaikan !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 

--- On Thu, 4/2/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kegawatan Iman lebih teruk dari Kegawatan 
Ekonomi
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, April 2, 2009, 3:21 AM






Tak ada selera membaca berita-berita di akhbar sekarang ini. Tidak banyak 
berita yang menggembirakan, banyak dipaparkan kes jenayah, perceraian 
rumahtangga artis, kes penipuan, hiburan sana, hiburan sini, remaja melepak, 
remaja hidu gam. Inilah yang dipaparkan di dada-dada akhbar saban hari.

Cerita yang memberi keinsafan kepada manusia hanyalah menjadi bahan sisipan 
akhbar, kerana berita sebegini tidak dapat menjadi pelaris akhbar.

Akhbar perdana Malaysia harus berubah. Memaparkan kes jenayah, kes perceraian , 
kisah artis , mungkin dapat melariskan akhbar , tetapi ianya tidak dapat 
membina masyarakat.

Masyarakat hanya baca sekadar seronok, tapi lebih suka tunggu dan lihat dan 
berpeluk tubuh.

Masyarakat harus turun padang sekarang ini. Gerakkan jiran tetangga. Bagi umat 
Islam yang paling utama ialah solat. Penuhkan masjid dan surau dengan solat 
jemaah. Isteri-isteri harus “menghalau” suami-suami untuk solat di surau dan 
masjid.

Andaikata setiap surau dan masjid di negara ini penuh dengan jemaah bersolat, 
setiap isi rumah umat Islam bersolat, maka akan banyaklah kegawatan lain dapat 
diselesaikan dengan izin Allah.

Gawat ekonomi bolehlah dibantu dengan memberikan sumbangan wang ringgit, beras, 
keperluan makanan, biasiswa dan sebagainya.

Tapi gawat iman akan menyebabkan institusi keluarga dan masyarakat hancur.

Dalam tempoh sebulan di dada akhbar menceritakan tidak kurang 3 kes pembuangan 
bayi di atas jalan raya, pembuangan janin di tanah perkuburan dan pembuangan 
bayi di tapak pembuangan sampah berlaku di Senawang. Saya pasti perkara ini 
berlaku di mana-mana di Malaysia ini. Dan yang tidak dilaporkan lebih banyak 
lagi.

Cukuplah akhbar perdana menyiarkan berita-berita sebegini. Tidak akan ada 
kesudahannya kalau kita sekadar membaca. Kita harus bertindak.

Mulakan dengan yang paling mudah , iaitu solat.

Anak-anak menjelang senja, ayah-ayah dan ibu-ibu prihatinlah sikit. Panggillah 
anak-anak masing-masing pulang solat Maghrib berjemaah.

Cukup-cukuplah tu mencari rezeki, cukup-cukuplah tu bersembang, cukup-cukuplah 
tu berPoco-Poco. Sampai waktu solat ajak semua bersama.

Jika tidak sampai bila-bila kes jenayah, pembuangan bayi , perceraian rumah 
tangga, rasuah, salah guna kuasa, politik wang, fitnah tidak akan selesai.

Ingat-ingatlah sikit mati. Entah esok atau lusa. Apa persiapan kita ? 
Akhir-akhir ini juga cuaca tidak menentu, gempa bumi pun ada, dulu tak pernah 
ada. Angin putting beliung pun ada. Tak cukupkah itu tanda untuk semua kita 
insaf ?

Rozmal bin Malakan
http://waghih. blogspot. com

















      

Kirim email ke