Malam ini menyaksikan peristiwa yang penuh bermakna, kemenangan PR di dua Bukit.



Status
quo?  Tidak - jika diteliti bentuk dan substansnya.  Bentuk - majoriti
PR bertambah di dua bukit itu.  Makna dan implikasinya - menjangkau
lebih jauh. 



Batang Ai?  Padang yang memang tidak landai bertambah curam di bumi kenyalang 
itu. Apapun, lebih 2000 undi milik calon PKR boleh dibanggakan.




Kemenangan PR di dua bukit tidak terdugakan oleh BN; mereka mengharapkan 
kemenangan sekurang-kurangnya di Bukit Selambau. 



Kemenangan PR mempamerkan suara rakyat atau referendum berupa:



Sokongan kepada:



 1.  Nizar - MB Perak yang digulingkan oleh siapa lagi ... PM yang baru. 



2.  Kerajaan PR Perak.



3.  PKR

- yang
 menghadapi pelbagai dugaan di Selangor, Perak dan Kedah;

- yang belum pulih daripada imej 'the weakest link' dalam Pakatan;

- yang memilih calon muda Manikumar (yang dijangka setia).



4.  Anwar Ibrahim - tokoh politik paling gigih walaupun dilanda pelbagai 
rintangan.



5. Altantuya - kemenangan ini satu tribut untuknya sama ada dia layak atau 
tidak menerimanya.



6. 
Rakyat Malaysia  kerana tetap pendirian mahukan perubahan sebenar dan
tidak mudah goyah dengan slogan  PM baru. (Dua bukit ini merupakan
sampel yang baik mewakili seluruh rakyat Malaysia - kecuali Sabah dan
Sarawak).



7.  Harakah dan Suara Keadian yang diharamkan menjelang PRK itu dan 
'dipolitikkan' Najib melalui langkah 'menghalalkan semula'.




8. 
Media Baru - yang mengambil alih peranan media perdana (yang dikuasai
dan diselewengkan oleh BN) memberikan maklumat dengan berkesan (jitu
dan cepat) serta membuat jangkaan yang munasabah.



Tamparan kepada:



9.  Najib

- PM baru dengan paradigma baru yang gagal mempesonakan rakyat;

- Slogan 'One Malaysia, Performanca Now' gagal mengubah nasib partinya;


- Dibandingkan prestasi BN pada PRU11 2204 sejurus selepas Pak Lah menjawat 
PM,  aduhai kesiannya Najib ...

- Ini menjadikan Najib PM yang paling tak popular pada masa pertabalannya.  Ke 
mana lagi akan menjunamnya?


-
Rakyat Perak masih belum dapat emaafkan petualang yang merampas kuasa
di negeri mereka walaupun cuba didinginkan selama 60 hari.



10.  SPR yang jelas bersubahat dengan BN

- memilih tarikh yang memihak kepada BN;

- menetapkan peraturan baru yang memihak kepada BN.



11.  Tun Mahathir
yang tidak mampu bersinar lagi.  Dia mempunyai saham dalam meruntuhkan
UMNO dan BN tetapi untuk membantu menguatkannya kembali tidak semudah
yang difikirkannya.



12.  Pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain
 tua dan muda, lama dan baru, antaranya:

- Rafidah Aziz yang mengimpikan 'hadiah' buat Najib;

- Muhyidin (bakal TPM) - pengarah jentera BN - yang menampakkan keyakinannya 
untuk BN menang atas alasan kepimpinan baru;


- Ahmad Zahid Hamidi  - Naib Presiden UMNO, orang kuat BN di Perak;

- Zambry Abdul Kadir yang merelakan dirinya digunakan untuk merampas jawatan 
Nizar.



13.  Media perdana - akhbar, TV dan Radio - yang tak jemu-jemu berkempen untuk 
BN dan memomokkan tokoh-tokoh Pakatan. Sampai bilakah media perdana akan sedar 
bahawa liputan berat sebelah, fakta yang diputarbelit, hentaman kepada pihak 
lawan secara keterlaluan, analisis yang memualkan hanya akan 'back-fire' dan 
meruntuhkan lagi sokongan pengundi atas pagar yang kian cerdik dan celik 
maklumat. Ia mungkin sesuai untuk pengundi orang kampung tahun 70'an, but not 
now!.



14.  PDRM yang merelakan dirinya digunakan sewenang-wenangnya oleh BN.



15. 
BN.  Jelaslah nasib BN belum berubah - walaupun dengan pimpinan baru. 
Slogan baru belum dapat memenangi hati rakyat.  BN perlu menyesuaikan
diri dengan realiti baru yang telah bermula pada Mac 2008, bukan cuba
menafikannya.



Kesan tsunami politik 2008 belum berakhir; mungkinkah ia baru bermula dan 
sedang mengumpul tenaga untuk
 menjana perubahan yang lebih besar.










      

Kirim email ke