Cik Dila yang dihormati,

TIDAK ADA SALAH TIDAK ADA BETUL

Rasulullah (s.a.w.) suruh dipercepat dalam 3 perkara: solat, simpan jenazah dan 
anak dara yang nak kahwin (betulkan saya jika saya silap).

Bila dah rasa sangat nak kahwin kerana panggilan naluri dan sudah ada pasangan 
serta pasangan itu mampu, maka pendapat saya ia harus diteruskan. Yang lain 
kenalah di developkan kemudian, kerana kahwin ni pun bukan soal mudah sebab ia 
melibatkan 2 keluarga- kecil atau besar. Perkara ini yang sering menjadi 
"halangan" bagi pasangan yang nak berkahwin. Ibu bapa lelaki, ibi bapa 
perempuan. Terkadang melibatkan nenek apabila nenek itu satu figurin yang 
dominan dalam satu institusi keluarga.

Kita tengok mak bapak saya contohnya mereka kahwin pada usia belasan. Begitu 
juga dengan makcik-makcik saya. Walau pun ada pahit getir, pasangan moden 
sekarang pun ada masalah tersendiri. Ini adalah kerana hidup kita ini diuji 
oleh Allah. "Apakah kamu fikir kamu tidak akan diuji?" Itu firman Allah.

Nak cerita memang panjang sebab latar belakang sesebuah keluarga berbeza maka 
anda akan dapat maklum balas yang berbeza-beza dari setiap mereka yang memberi 
pandangan. Ada yang soal pasal persediaan mental selain material. Sesungguhnya 
setiap kehidupan berumah tangga memang ada cubaan, dugaan dan yang paling 
ditakuti ialah fitnah.

Saya ada kenalan yang cukup senang tentang soal kahwin. Dia pada usia muda 
menjadi wali kepada adik-adiknya tapi dah kerja tetap dan dia sendiri ada 
keluarga. Apabila adiknya nak kahwin (sudah ada pilihan pasangan) diusaha 
dipercepatkan perkahwinan tersebut dalam suasana serba sederhana malah simple 
sahaja dan mereka semua hidup sejahtera. Mungkin kerana ada barakah.

Yang pilih memlilih, cari mencari-  macam-macam hal dan cerita jugak.

Mintalah pada Nya semoga anda dirahmati dan cita-cita nak kahwin cepat tu 
tercapai kerana kahwin itu sesuatu yang murni.
Wassalam.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wednesday, April 8, 2009 0:50:38
Subject: Help Palestine [hidayahnet] mtk pdpt: salah ke kawin awal?





saya nk mtk pdpt group. slh ke klu kawin awal?? knape org mcm pndg serong or de 
perasaan lain yg kite xtau..??? conpius nih..



      New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke