Pasukan FRU patut dibubarkan saja. Ia sekadar jadi alat pemerintah untuk tunjuk kekuatan dan kuasa. Bila ada saja perhimpunan parti politik pembangkang ramailah mereka datang dengan lagak nya. Sikit2 tembak gas sikit2 tembak gas tapi perhimpunan oleh penyokong kerajaan sampai kutuk istana pun tak ada pula gas dilepaskan. Masa marahkan Sultan Terengganu tak dengar pun gas dilepaskan keatas mereka yang menyokong parti kerajaan yang anjur demonstrasi terhadap istana.Tapi mengapa jika di tempat-tempat di mana program pembangkang diadakan atau di tempat-tempat pertandingan bolasepak diadakan tak boleh kah mereka bertindak berpatutan. Di luar negara saya lihat di kaca tv polis anti rusuhan ini dibaling dengan macam2 objek tapi mereka tidak bertindak balas kecuali jika sampai mencederakan mereka. Saya pun pernah juga turut menyertai satu demonstrasi anjuran pihak masjid- masjid di sebuah negara luar bersama-sama orang Islam yang majoritinya berbangsa Pakistan tapi saya tak nampak pun ada polis orang puteh ramai-ramai ekori kami. Ada beberapa orang polis tolong kawal pula lalu lintas bagi melicinkan perjalanan perarakan kami. Tinggalkan dulu polis kepala merah ini dan peristiwa menyedihkan seorang pemuda yang kemungkinan buta matanya dikatakan akibat terkena "peluru" tembakan FRU untuk para pemimpin dan kita juga menilai tentang aktiviti sukan di negara ini. Pergaduhan di dalam dan di luar stadium adalah perkara biasa di beberapa negara Eropah apabila pasukan bolasepak yang hebat-hebat bertemu. Ada negara tertentu mengharamkan penyokong pasukan England mengikuti perlawanan pasukan England di negara luar berkenaan. Penyokong England ini dikatakan terlalu fanatik dan sanggup bertindak ganas. Nampaknya kita orang Islam pun terikut-ikut dengan sikap penonton/pemain sukan berpasukan di luar negara yang suka bertindak liar. Selain itu ada yang mengatakan Yahudi berjaya melalaikan umat Islam. Letak saja sebiji bola di tengah padang ? ribuan orang Islam tidak mengerjakan sembahyang. Bagi mengatasi masalah ramai mungkin tidak mengerjakan solat eloklah jika perlawanan melibatkan pasukan yang hebat-hebat sebelum masuk waktu Maghrib (atau Asar juga ?) mereka diminta kerjakan solat dahulu. Mudah-mudahan syaitan tidak mudah menguasai mereka dan mereka terpelihara dari melakukan apa-apa yang ganas walau dalam apa keadaan sekali pun. Begitu juga dengan pemain. Dirikan kemah-kemah diluar stadium untuk memudahkan solat dikerjakan. Jadikan budaya bawa sejadah apabila pergi menonton perlawanan bolasepak. Pastikan mereka yang datang untuk menonton perlawanan berada di luar stadium dalam saf-saf solat dan selepas selesai solat Asar/Maghrib barulah dibenarkan memasuki stadium. Yang datang awal duduk di saf paling depan dan merekalah paling awal akan dibenarkan memasuki stadium secara saf demi saf. Saya rasa jika ini dapat diamalkan tentu orang bukan Islam akan dapat rasa betapa cantiknya Islam itu. Mereka tetap ingat kepada Tuhan mereka dalam apa keadaan sekali pun dan di mana-mana saja. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Fri, 4/10/09, ha...@yahoo.com <ha...@yahoo.com> wrote: From: ha...@yahoo.com <ha...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hinanya kepala merah: menembak direct membutakan mata To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Friday, April 10, 2009, 1:16 AM salam, Akhirnya f...@kepala merah dapat meraih mangsa dengan membutakan mata org di stadium di KB. Sudah lama saya perhatikan bahawa terdapat kepala merah yang menembak direct kepada orang ramai. Sebahagian kepala merah menembak kea...@projectile, tetapi ada kepala merah yang menembak direct. Tidak tau lah samada beliau diperintahkan oleh ketua kepala merah atau penembak direct ini begitu excited. Tapi saya percaya terdapat penembak kepala merah ini yg nervous. Saya melihat sendiri semasa demo bersih november 2007, seorang dari mereka yang nampak nervous semasa memegang M16. Sehingga saya menjerit kepadanya agar BERTENANG. Kerana cara beliau nervous itu begitu nampak sekali, seolah olah kami mahu mencederakan mereka. Walhal kami datang bukan untuk bertempur dengan kepala merah. Tahniah kepala merah. Kalian bukan sahaja dapat memukul dan memedihkan mata orang. Kini kalian dapat membutakan mata orang. Salam Perjuangan hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com Buku Saya: Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2 RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2 boleh didapati - MPH--sila tanya - Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM) - Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi - Cheras - Kedai Buku HUKM - Serdang - Kedai buku UPM Serdang - Selayang - Popular Book Store - Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street Buku Lain Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2) Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3 Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448 kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.