Assalamualaikum.....
Pada pendapat saya perbicaraan kedua pegawai UTK tidak begitu jelas. Setiap anggota UTK akan menerima arahan pegawai atasan beliau. Bermakna sikap hakim yang tidak adil itu akan beliau jawab di depan Allah SWT di akhirat nanti . Hakim tidak menjalani tugas dengan adil sepatut nya hakim mesti memanggil dan menyelidiki hingga ke akar umbi. Altantuya ialah hamba Allah juga. Orang atasan yang terlibat secara tersembunyi di akhirat akan menyesal tak nanti. Nyawa seseorang di ambil begitu saja dan orang atasan masih bebas tanpa di heret ke muka pengadilan. Mereka ingat mereka semua bolih terlepas. Seksa Allah SWT lagi menyeksa daripada seksa di dunia ini. Ammad Sharif Kota Singa To: [email protected] From: Date: Sun, 12 Apr 2009 08:06:18 -0700 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati Sapa yang diarah untuk buat semua itu (bermacam sijil palsu tapi diakui sah) ? Tentu kakitangan kerajaan lah yang menerima arahan pihak atasan yang telah menerima arahan dari yang paling atas lagi dan lagi !!. Macam musim pilihan raya kakitangan kerajaan juga diperalatkan kerana mereka jentera kerajaan tapi yang sebenarnya jadi "jentera parti" pemerintah. Jika tak patuh didakwa ingkar !! Yang dua orang ni yang telah dijatuhi hukuman gantung kerana terbukti melakukan pembunuhan muka pun tak kenal. Memang pelik juga selalunya tertuduh kes apa-apa pun cuba juga tutup muka tapi tak lah sampai langsung sikit bayang muka pun tak boleh nampak. Tak hairanlah jika ramai menjangkakan pasti ada muslihat. Mereka mungkin dibebaskan dengan berbagai cara. Jika benar mereka lakukan pembunuhan tapi bebas begitu saja pasti ianya merupakan satu konspirasi yang hebat yang dikaitkan oleh banyak pihak ianya melibatkan pemimpin atasan negara ?? Apakah mahkamah sekadar digunakan untuk mengabori mata rakyat dan fungsinya sekadar untuk menghukum rakyat atau pemimpin bawahan bukan pemimpin atasan ?? Mereka yang bersekongkol dengan pemimpin atasan perancang sebenar keatas sesuatu jenayah mungkin "telah dijamin" bebas jika tidak bocorkan rahsia bagi membolehkan "pengarah" sebenar tidak diseret ke muka pengadilan !!?? Benarkah punca atau motif pembunuhan tidak diketahui atau ianya sengaja tidak disiasat ?? Ramai juga kurang yakin yang mereka ini akan menjalani hukuman kerana peroses perbicaraan pastinya akan diteruskan dengan mahkamah-mahkamah lain yang diperuntukkan. Ianya hanya untuk memanjangkan peroses bagi menimbulkan keraguan dan mereka akhirnya dibebaskan sebab pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu ? sedar dua anggota UTK ini mungkin akan teraniaya jika dihukum. Mereka pun mungkin tahu ada perancang sebenar atau mereka yang benar-benar terlibat tapi tidak dipanggil sebagai saksi atau didakwa di mahkamah. Mungkin mereka juga mahukan sama ada semua yang terlibat dihukum atau semua yang terlibat dibebaskan !! Tapi mana mungkin dibebaskan jika terbukti telah melakukan/ merancang pembunuhan atau hanya dua orang saja dihukum sedangkan dua atau tiga yang lain terlepas begitu saja !!?? Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Thu, 4/9/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, April 9, 2009, 10:11 PM Betul ke bakal kena hukum gantung sampai mati? Banyak lagi proses sebelum hukuman dijalankan. Proses rayuan, proses memastikan yang kedua dua tu waras sewaktu melakukan jenayah dan last sekali kalau konform kena gantung jugak, sijil mati akan dikeluarkan sebelum mereka digantung. Nama mereka di dalam jabatan pendaftaran di kemaskini mengatakan yang mereka dah mati dan dalam masa yang sama juga dua orang warganegara Malaysia yang baru ujud.... banyak dah kejadian macam ni kat Malaysia... Masing masing ada kepentingan. .. Walallua'lam --- On Thu, 9/4/09, or...@yahoo. com <or...@yahoo. com> wrote: From: or...@yahoo. com <or...@yahoo. com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Thursday, 9 April, 2009, 11:25 AM Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain. Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri. Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh. Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006. Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. P/S : OK... hari ni kabinet baru hari ni ko dikenakan hukum gantung. Sadisssssssssssssss sssssss. _________________________________________________________________ Join the Fantasy Football club and win cash prizes here! http://fantasyfootball.sg.msn.com
