Keutamaan dalam pengajian akidah



Apabila seseorang baru memeluk Islam, maka ramailah orang Islam di 
sekelilingnya yang menawarkan diri menjadi ‘ustaz’ dan mahu memberi tunjuk ajar 
kepadanya. Mereka merasakan diri mereka yang telah lama Islam sudah tentulah 
lebih mengetahui selok-belok agama jika dibandingkan dengan si muallaf itu.

Namun, kebanyakan mereka ini tidak mengetahui apa yang disebutkan sebagai 
“awlawiyat” (keutamaan/priority) dalam agama.

Ada di kalangan mereka yang sibuk menyuruh si muallaf itu belajar mengaji 
(recite) al-Quran. Sedangkan mempelajari bacaan (recitation) al-Quran hanyalah 
fardhu kifayah, kecuali bacaan surah al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat.



Ada juga yang memberat-beratkan si muallaf dengan perkara-perkara fiqh tanpa 
mengambil kira keadaan muallaf yang baru sahaja cuba menyesuaikan diri dengan 
kehidupan baru sebagai seorang muslim. Keadaan ini bukan sahajamemberi kejutan 
kepada muallaf tersebut, malah mengelirukan muallaf tentang konsep Islam yang 
sebenar.

Lebih teruk dari itu, muallaf yang memeluk Islam kerana hendak berkahwin pula 
disibukkan oleh pihak bakal mertua dengan urusan hantaran, persiapan 
perkahwinan, pendaftaran dsb. Akhirnya si muallaf tidak berkesempatan atau 
hilang minat untuk mempelajari asas-asas Islam. Maka tidak hairanlah jika 
terdapat muallaf yang ingin kembali ke agama asal setelah gagal dalam 
perkahwinan mereka.

Ini semua berlaku kerana masyarakat Islam kita lebih mengutamakan 
perkara-perkara fiqh berbanding akidah.  Jadi, apabila seorang muallaf memeluk 
Islam, mereka juga cuba membawa si muallaf itu ke arah cara pemikiran yang sama.

Mereka perlu sedar bahawa dengan menguasai perkara-perkara fiqh semata-mata 
tidak menjamin seseorang itu – samaada muallaf atau mereka yang telah lama 
memeluk Islam – untuk kekal dalam akidah Islam. Menguasai bacaan al-Quran juga 
tidak menjamin seseorang itu kekal dalam Islam. Menghafaz ayat-ayat al-Quran 
tanpa memahami maknanya juga tidak menjamin seseorang itu tidak keluar dari 
Islam.



sambungan artikel...>>>

http://ifirrr.blogspot.com/2009/04/keutamaan-dalam-pengajian-akidah.html



      

Kirim email ke