Untuk renungan kita bersama.. Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah > hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah > mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah > masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak? > > Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu > rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? > Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. > > > Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya > kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu > membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang > lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, > pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan > bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah > soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah > untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka? > > Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada > pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak > buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri > perhatian kita. > > Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap > anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. > Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup > kasih diberi. > > Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, > janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya > ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan > isteri saya, adalah mad'u pertama saya. > > Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di > Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke > Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah > seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn > dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di > belakang, selamat dan tiada mudarat. > > Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan > untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai > ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua > yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita > tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita > boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah > dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh > ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu > lagi peluang? Jawapannya TIADA. > > Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan > lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita > terhadap mereka. > > Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu > adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi > > kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? > > Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, > bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, > you get back! > > Maafkan Abi dan Ummi!
