Akibat bosan dengan sikap kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Majlis Agama 
Islam Negeri Sembilan iaitu Menteri Besar sendiri yang tidak ambil serius 
masalah pergaulan bebas remaja Islam, pengunjung Islam di kedai judi yang tiada 
tangkapan, kekurangan Pegawai Pencegah Maksiat dan macam-macam lagi kelemahan 
penguatkuasaan Majlis Agama Islam dibawah Menteri Besar Negeri Sembilan, 
seorang penduduk di Senawang telah mengambil inisiatif untuk mengambil gambar 
beberapa perlakuan sumbang remaja Melayu di Senawang.

Identiti pengirim maklumat ini dirahsiakan.

Berikut e-mel yang diterima :
“Gambar ini saya ambil petang semalam (Ahad, 26 Apr 2009, jam 7 mlm) di tempat 
taman kanak kanak D'Elise 2 Taman Bandar Senawang. Pasangan remaja Melayu ini 
langsung tidak menghirau atau menghormati orang orang lain yang ada ditaman 
berkenaan diwaktu itu. Mereka leka dengan pelokan dan kucupan. Kejadian 
sebegini bukan pertama kali ditempat itu. Mereka beranggapan seolah olah tiada 
sebarang kepincangan dengan perlakuan mereka. Kita orang Islam, dan Melayu 
mesti mematuhi batasan pergaulan serta perlakuan kita dikhalayak ramai. Ianya 
juga akan menjadi ikutan anak anak kecil yang menontonnya. Apakah kita mahu 
akhlak jenerasi muda kita seterusnya menjadi rosak yang mana akan menjerumus 
kepada maksiat yang lebih teruk? Saya harap saudara dapat keluarkan gambar 
gambar tersebut kedalam egroup supaya pembaca dapat mengesan ibubapa remaja 
tersebut dan seterusnya menegur dan menasihat mereka agar menghormati 
masyarakat sekeliling.”

Untuk melihat foto kejadian sila ke pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/04/perlakuan-sumbang-remaja-melayu-di.html




Kirim email ke