Pengguna internet perlu amal kawal selia kendiri

MAKLUMAT di hujung jari demikianlah kegunaan Internet bagi kebanyakan
kita.Pelbagai bentuk maklumat boleh didapati apabila kita mempunyai
capaian terhadap "World Wide Web (www)" dan walaupun kebanyakan kita
sedar bahawa bukan semua maklumat ini tepat dan benar, namun ada juga
pihak yang begitu taksub dan mempercayainya seratus peratus.

Lebih malang lagi ialah apabila ada pihak yang menggunakan Internet
bagi menyebarkan khabar angin, maklumat tidak benar, fitnah dan
sebagainya, yang boleh memberi kesan buruk terhadap orang lain.
Walaupun perbuatan tidak baik ini menimbulkan kebimba

"Sebab itu, kebanyakan mereka tidak sedar tentang akibat buruk
daripada tindakan mereka," kata Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan,
pengarah eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF).

"Saya berpendapat masyarakat kita mengambil bahagian secara amat
sihat dalam pembangunan industri berkenaan dengan memanfaatkan peranti
dan khidmat yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Mereka gemar
mencuba, meneroka dan mempelajari benda baru.

"Tapi, tidak semua yang sedang belajar ini mengambil kira tentang
etika atau mendalami tentang apa yang betul atau salah. Mereka tidak
memikirkan tentang risiko apabila membuat sesuatu kenyataan kerana
mereka berpendapat bahawa oleh kerana Internet bersifat bebas dan
bertaraf antarabangsa, maka tiada siapa boleh memarahi atau mengambil
tindakan terhadap mereka," katanya.
Mohd Mustaffa berkata selain Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA),
pengguna Internet juga terikat dengan pelbagai undang-undang lain.
"Kami tidak berniat untuk mengehadkan kebebasan media atau kebebasan
bersuara, tapi orang ramai mestilah menggunakan kebebasan ini dengan
cara yang sewajarnya dan beretika. Kalau seseorang itu ingin menyiarkan
sesuatu kenyataan, ia perlulah disokong dengan sesuatu yang konkrit.

"Khabar angin boleh membawa keburukan kerana selalunya ia tidak
berasas. Di sinilah timbulnya masalah, bukan saja bagi kerajaan, tapi
juga bagi semua individu," katanya.

"Apabila membaca akhbar, kita membuat andaian bahawa sebahagian
besar apa yang dilaporkannya adalah benar. Jadi, apabila membaca berita
atau maklumat melalui Internet juga, kita anggap ia sama seperti
laporan yang disiarkan oleh akhbar.

"Dalam blog tertentu dari luar negara, penulisnya tidak membuat
sebarang dakwaan walaupun topik yang dibincangkan begitu panas. Mereka
berbincang tentang isu berkenaan dan cuba mendapatkan konsensi daripada
orang ramai agar ia tidak menjadi isu kemudiannya. Di sini, kita
berbincang, tapi ia menjadi isu. Kenapa?

"Ini kerana mereka menerima sesuatu maklumat itu tanpa usul periksa
dan kemudian membuat kenyataan yang tidak berasas. Inilah yang
menimbulkan kebimbangan," katanya.

Namun demikian, Mohd Mustaffa berpendapat bahawa amalan kawal selia
kendiri yang wujud sekarang, sudah memadai bagi mengawal pembangunan
industri ini.

"Kewujudan kami bukan untuk menyekat hak orang ramai untuk bebas
melahirkan pendapat atau mengarah. Jelas sekali bahawa apa yang
dilarang dalam kaedah di luar talian, adalah juga dilarang dalam kaedah
dalam talian.

Melalui kawalan selia kendiri, anda bertangungjawab terhadap isi
kandungan yang disiarkan dan begitu juga mereka yang mengaksesnya.

"Sekiranya anda layari kandungan yang tidak baik, itu adalah pilihan
anda dan anda tidak boleh menyalahkan sesiapa. Tapi, sekiranya
kandungan yang dilayari itu berbentuk lucah, maka ia akan menjadi isu,"
katanya.

CMCF ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ia
merupakan satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab, antara
lain, bagi memantau industri komunikasi, yang merangkumi semua media
elektronik.

CMCF dan peserta industri berkenaan telah merangka kod kandungan
yang bertindak sebagai garis panduan bagi peserta industri berlandaskan
amalan kawal selia kendiri.

Melalui amalan kawal selia kendiri, hak pengguna dilindungi oleh kod
kandungan, yang memberi penjelasan terperinci tentang CMA dan mudah
difahami oleh orang biasa.

"Contohnya, Seksyen 211 CMA melarang penyiaran bahan tidak senonoh,
lucah, palsu, berbahaya dan jijik. Jadi, kami (CMCF) memberi penerangan
tentang perkara ini (kod kandungan)," kata Mohd Mustaffa.

Beliau bagaimanapun berkata usaha memberi kesedaran tentang perkara
itu masih berjalan dan orang ramai hanya akan merujuk kepada kod
kandungan berkenaan apabila mereka ditimpa masalah.

Perkara paling penting, kata beliau, ialah mendidik orang ramai
dengan menonjolkan tentang betapa perlunya mereka bersikap berhati-hati
terhadap kandungan yang mereka lihat dan mewujudkan pemahaman yang
bersifat intelektual.
"Demi kebaikan kita sebagai individu, adalah penting bagi kita
mencari dan mengamalkan kebenaran, tapi sayangnya, inilah yang kurang
kita lakukan," kata beliau.

Beliau berkata sambil kerajaan membuat pemantauan dari jauh, kawal
selia secara kendiri akan memberi ruang kepada seluruh industri
komunikasi untuk membangun seiring dengan kemajuan di seluruh dunia.BERNAMA

Kirim email ke