Assalamualaikum, Mohon laluan untuk minta panduan, Kepada sesiapa yang boleh berikan pada saya maklumat sekolah pondok / pesantren / madrasah untuk membentuk budak2 bermasalah.
Ini kerana saya ada kenalan, orang Melayu Islam, punya seorang anak hasil perkahwinan dengan seorang mu'allaf cina di Sabah. Seorang anak lelakinya sekarang berumur 16 tahun mempunya masalah pergaulan dan pegangan. bergaul dengan kawan2 cinanya, taknak belajar, keluar pagi balik malam, makan di luar yg tidak diketahui halal-haram makananya, kaki pukul dan macam2 lagi. Bapanya pernah menghantar dia ke semenanjung, belajar di sebuah kolej swasta, atas niat bila duduk di semenanjung dengan ramai melayu Muslim dia akan terdidik tapi tak menjadi. Sekarang ibunya berhasrat untuk menghantar anaknya ini ke mana-mana sekolah pondok di semenanjung ini, tak kira di negeri mana, asalkan dapat membentuk anaknya untuk menjadi insan beriman, dengan bimbingan para ustaz / kiyai yang komited. Terima kasih diucapkan kiranya sahabat-sahabat sekalian dapat membantu, Mohd Shaiful Roseman Klang, Selangor [email protected]
