Kebanyakan umat Islam di Malaysia pasti akan pernah mendengar kalimat kata-kata 
seperti “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”, “Perselisihan dalam umatku 
dalah rahmat”, “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, sedangkan 
Ramadan adalah bulan umatku” atau "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah 
mengenal tuhannya". Ini adalah kerana ianya telah disebarkan di kalangan 
masyarakat Islam oleh sesetengah penceramah dan penulis buku agama dan mereka 
sandarkannya sebagai sabda Nabi Muhammad s.a.w.. Namun begitu tahukah anda 
bahawa kalimat-kalimat tersebut merupakan hadis palsu (mawdhu’)? Hadis palsu 
adalah sesuatu yang diciptakan dan dibuat-buat lalu dinisbatkan kepada 
Rasulullah s.a.w. secara dusta baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun 
perakuannya. Para ulamak juga telah sepakat diharamkan untuk meriwayatkan hadis 
palsu bagi mereka yang mengetahuinya dalam bentuk apa pun kecuali disertai 
dengan penjelasan akan kepalsuan
 hadis tersebut. Dalil yang mengharamkan periwayatan hadis palsu adalah sabda 
Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya berdusta di atas (nama)ku tidaklah sama dengan dengan berdusta 
kepada orang lain. Maka barangsiapa yang berdusta di atas (nama)ku dengan 
sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka. – Hadis riwayat 
Imam Bukhari (no: 1291) dan Muslim (no: 4) di dalam kitab Shahih mereka.

Namun begitu amat mendukacitakan apabila amaran keras daripada baginda s.a.w. 
ini tidak di ambil peduli oleh sesetengah pihak termasuk di kalangan para ustaz 
dan ustazah. Bagi orang awam yang memiliki ilmu yang minimal dalam bidang hadis 
pasti akan menerima bulat-bulat hadis-hadis palsu tersebut dan menganggap ianya 
benar-benar datangnya daripada Rasulullah s.a.w. lalu mengamalkannya. Maka 
bertebaranlah amalan-amalan bidaah serta fahaman-fahaman yang sesat di 
tengah-tengah masyarakat.

Untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri serta asal usul hadis 
palsu sila ke :

http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Disarankan juga untuk membaca artikel hukum mengamalkan tentang hadis-hadis 
Dh'aif (lemah)

http://akob73.blogspot.com/2008/10/bolehkah-beramal-dengan-hadis-dhaif.html

Selamat membaca.

Abu Iqbal Mohd Yaakub bin Mohd Yunus




Kirim email ke