Assalamualaikum…

Khas untuk mereka yang berada di kawasan Lembah Kelang dan yang berminat untuk 
memperbaiki kualiti solat. Anda dijemput untuk menghadiri bengkel berikut 
sekiranya mempunyai kelapangan masa. Mudahan-mudahan suatu hari nanti anda akan 
menjadi suami yang dapat mengimamkan keluarga atau isteri yang dapat mendidik 
anak-anak tatacara bersolat.

Bersolat adalah suatu peluang bagi seorang makhluk merendah diri menyatakan 
dengan kesedaran dan pengertian menyembah Allah SWT yg maha Esa dengan penuh 
khusyuk dan tawaduk….
.
Sabda Rasullah SAW…"sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Berkaitan dengan bacaan al..fatihah, terdapat kita yg membacanya dgn tidak 
mengikut tajwid yang betul dari segi hukumnya, dan kelancaran menyebut 
mahkraj.. dan harakatnya….

Di dalam solat terdapat 13 rukun dengan dianggapkan "tumakninah".pada empat 
rukun itu sebagai sifat kpdnya …. yg mana rukun Qalbi dan Qauli.dsbnya..

Itu belum masuk Bab Taharah… bersuci… dan cara menyapu "Khuf" semasa berwudu'
Oleh yg demikian marilah kita sama2… kalau ada kelapangan dapat meluangkan masa 
menghadiri majlis tersebut… supaya ibadat kita benar2 diterima Allah….


BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT

Tarikh          : 16 Mei 2009 (SABTU)
Masa            : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat  : Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jalan Kelang Lama,
  Kuala Lumpur
Yuran           : RM10.00 (Makan dan Bahan Cetak disediakan)

Pembimbing      : Ustaz Abdul Halim Saad
                  (Bekas Imam Masjid Negara)
                  B. A Al-Azhar / MA Al-Azhar

Modul :
1.      Pengenalan Solat
2.      Rukun Solat
3.      Bacaan Solat
4.      Perkara Membatalkan Solat
5.      Khusyuk Solat
6.      Praktikal Solat

Hubungi         : Ustaz Khairul - 013 6714932
                  Sdra Azmi      - 019384 2920
Anjuran : Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dan Masjid Al-Muhsinin

Layari : http://ulamadaily.blogspot.com/2009/04/normal-0-false-false-false.html

Marilah memperbaiki solat kita agar diterima oleh Allah swt.


Kirim email ke