Di dalam kisah di bawah ada ungkapan "dua pekan". Dalam bahasa Melayu satu pekan
bermaksud dua minggu (dalam bahasa Inggeris a fortnight).
Sekian, sebagai makluman bersama.
Salam.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, April 30, 2009 3:58:36
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sempena Hari Pekerja - Mari kita Muhasabah 
diri





Pekerja curi masa ketika di pejabat, buat kerja peribadi akan diperhitung di 
akhirat
MENJALANKAN kerja yang halal bermakna membawa rezeki diberkati untuk menanggung 
kehidupan sendiri mahupun keluarga. Jauhilah daripada kerja haram dan subahat 
kerana kelak pintu keberkatan rezeki akan tertutup.
Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, seorang lelaki daripada kaum Ansar datang 
menemui Rasulullah SAW dan meminta sesuatu kepada Baginda. Tiba-tiba Rasulullah 
SAW bertanya lelaki itu: "Adakah sesuatu di rumahmu? Jawabnya: Ada, ya 
Rasulullah. Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebahagian kami gunakan 
untuk selimut dan sebahagian kami jadikan alas tidur. Selain itu, saya juga 
mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami guna untuk minum."
Rasulullah SAW meminta lelaki itu membawa barang berkenaan dan menyerahkannya 
kepada Baginda. Setelah barang diterima, Rasulullah SAW melelongnya kepada 
sahabat yang hadir pada saat itu, Baginda menawarkan pada siapa yang mahu 
membeli.
Salah seorang sahabat menawar kedua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi 
Rasulullah SAW menawarkan kepada mereka barangkali ada yang sanggup membeli 
lebih daripada satu dirham. Kemudian ada yang menawarkan dua dirham dan 
Rasulullah SAW menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima 
wangnya.
Wang itu lalu Baginda SAW serahkan kepada lelaki Ansar berkenaan, seraya 
berkata: "Belikan satu dirham untuk keperluanmu dan satu dirham lagi belikan 
sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini." Tidak lama kemudian lelaki itu 
kembali menemui Rasulullah SAW dengan membawa kapak.
Rasulullah SAW melengkapi kapak itu dengan membuatkan gagangnya terlebih dulu, 
lantas berkata, "Pergilah mencari kayu bakar, lalu hasilnya kamu jual di pasar 
dan jangan menemui aku sampai dua pekan." Lelaki itu taat melaksanakan apa yang 
disaran Rasulullah SAW.
Selepas dua pekan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah SAW melaporkan hasil 
kerjanya. Dia memberitahu Rasulullah SAW bahawa selama masa itu dia berjaya 
memperoleh wang sebanyak sepuluh dirham. Sebahagian perolehan digunakan untuk 
membeli makanan dan pakaian.
Selepas mendengar kata-kata lelaki Ansar itu, Rasulullah SAW bersabda: 
"Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang 
akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari kiamat."
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: "Demi Allah, jika seseorang di 
antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu bakar, kemudian 
dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu 
itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain." (Hadis riwayat 
Bukhari dan Muslim)
Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi 
perut bahkan bertujuan memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang 
seharusnya dipertahankan. Islam menghargai orang yang bekerja dengan tangannya 
sendiri.
Rasulullah SAW pernah ditanya: "Pekerjaan apakah yang paling baik? Beliau 
menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan 
semua jual beli yang dianggap baik." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Seorang yang bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah 
martabat serta kemuliaannya. Sebaliknya, mereka yang berat tulang dan lebih 
selasa menganggur, memberi imej buruk dan negatif pada pandangan serta 
penglihatan orang lain.
Diceritakan pada suatu hari Saidina Umar Al-Khattab melihat Zaid bin Maslamah 
sedang menanam tanaman di tanahnya, maka berkatalah Saidina Umar kepada Zaid: 
"Benar sekali perbuatanmu itu. Engkau tidak menggantungkan hidupmu kepada orang 
lain adalah cara terbaik untuk memelihara agamamu dan amat mulia untuk menjaga 
martabat dirimu."
Saidina Umar juga pernah memberitahu: "Sesungguhnya aku memandang seorang 
pemuda, maka aku kagum kepadanya. Lantas aku bertanya kepadanya apakah 
pekerjaan yang dilakukannya. Lalu dijawab tidak, maka jatuh nilai pemuda itu 
pada pandanganku."
Memang benar kehidupan sebagai buruh sangat berbeza dengan kehidupan eksekutif. 
Secara umumnya buruh dilihat memerah keringat sementara eksekutif 
bertungkus-lumus memerah dan mengeluarkan idea.
Jika semuanya itu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah nescaya ia 
akan menghasilkan produk yang sangat bermanfaat dari segi masa, kos dan tenaga 
sementara ruang lingkup kehidupan pula akan lebih sejahtera.
Di samping itu, kita hendaklah mengetahui setiap tugas atau kerja yang diberi 
Allah SAW kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan mereka seperti firman 
Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan 
apa yang terdaya olehnya." (Surah al-Baqarah , ayat 286)


Ayat itu menegaskan tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan 
mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Seseorang pekerja itu boleh 
menyelesaikan segala tugas jawatannya, melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu 
menunaikan tanggungjawabnya.
Bagi pekerja yang punya prestasi kerja tinggi, komited, menjaga akhlak, masa 
dan bermatlamat jelas untuk kepentingan keluarga, agama dan majikan, wajar 
dihargai serta disanjung tinggi. Islam memandang tinggi kepada golongan pekerja 
seperti ini.
Apalagi banyak antara mereka yang melakukan kerja dari subuh hingga larut malam 
bagi tujuan memenuhi keperluan keluarganya. Atas niat yang betul, mereka akan 
mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Pekerja mahu pun majikan wajib mentaati dan menjalankan tanggungjawab 
masing-masing dengan penuh amanah. Seorang buruh wajib bekerja sesuai dengan 
akad yang disepakati bersama begitu juga majikan memastikan pekerja mendapat 
haknya.
Jangan sekali-kali kita lupakan bahawa bekerja mengikut kaedah Islam adalah 
berbeza mengikut pendekatan Barat. Dalam Islam, pekerjaan halal yang dipilih 
akan meletakkan status pelakunya pada tahap yang tinggi sehingga pahala 
diperoleh seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa bekerja untuk anak isterinya 
melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad 
di jalan Allah." (Hadis Bukhari)
 Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa setiap kegiatan dan pekerjaan di dunia 
ini akan dihitung di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap 
diri bertanggungjawab terhadap apa yang sudah diperbuatnya." (Surah 
al-Muddaththir, ayat 38)
Kita tidak boleh mengambil peluang mencuri masa dengan membuat kerja peribadi 
dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan 
permohonan yang sepatutnya ditolak kerana kita akan dihukum di akhirat kelak 
walaupun terlepas hukuman di dunia.
Sebaliknya, berbahagialah kita di dunia dan akhirat jika kita melaksanakan 
tugas menurut tuntutan Islam dan bergembiralah mana-mana pekerja yang mendapat 
keredaan Allah dengan ganjaran pahala.
Islam benci kepada mereka yang layak bekerja tetapi menjadi pengemis atau 
penganggur sementara yang mempunyai tanggungjawab perlu melaksanakan tugas 
dengan sebaik-baiknya dan amanah kerana Allah SWT.

 

(Di tulis oleh: Amran Zakaria - Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan 
Amal Islam Hadhari (Damai)


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com




      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke