Gejala Mat Rempit yang ganas (sebilangan kecil sahaja, tidak semua), gejala 
sosial dan lain-lain tak akan selesai selagi tak turun padang selesai masalah. 
Budaya di Malaysia ini terlalu banyak Seminar, Bengkel, Forum, Diskusi, 
“Brainstorming”, Ceramah dan lain-lain. Tapi terlalu kurang yang hendak turun 
padang memberi nasihat, memberi kaunseling, menganjurkan program untuk para 
remaja, belia dan Mat Rempit ini.

Semua harapkan kewangan kerajaan bila nak anjurkan sesuatu program. Nak anjur 
Konvoi Motosikal harapkan bantuan kerajaan, harapkan komisyen, harapkan subsidi.

Bilangan sukarela yang turun padang yang berjumpa dengan mereka yang bermasalah 
ini, yang menganjurkan program untuk mereka ini terlalu sedikit.

Selagi orang Malaysia , orang Melayu khususnya tidak minat kerja sukarela, 
tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk bersama dengan kerajaan (tak kiralah 
kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat) , tak sanggup berkorban tenaga dan 
masa untuk bersama NGO atau pertubuhan sukarela menangani 1001 macam gejala 
sekarang ini di Malaysia, jangan mimpi gejala buruk ini akan ada 
penyelesaiannya.

Jadi mula-mulalah turun padang. Kurangkan berseminar, berforum, berdiskusi, 
berkenyataan akhbar dan sebagainya.

Kalau tak sanggup turun padang, salurkanlah kewangan pada pelbagai persatuan 
dakwah dan sukarela yang sentiasa mengharapkan bantuan kewangan, lebih-lebih 
lagi persatuan atau pertubuhan  yang sukar hendak mendapat bantuan daripada 
kerajaan.

Saya beri satu contoh di kampung saya iaitu di Kg Sg Layang dalam DUN Kota di 
Parlimen Rembau. Ada satu Gelanggang Rakyat yang terdapat beberapa gelanggang 
sukan yang baru dibina dengan kos sekitar RM 100,000.00. Tapi saya dapati ianya 
sekarang tidak terurus.

Nak salahkan siapa ? Salahkan kerajaan atau salahkan rakyat yang sentiasa 
mengharapkan kerajaan untuk mensubsidi setiap aktiviti yang dianjurkan kerana 
rakyat telah dididik untuk bergantung sepenuhnya pada kerajaan bukan pada Allah 
yang memberi rezeki ?

Dulu kata remaja tak ada tempat untuk bersukan, jadi dibuatlah gelanggang 
rakyat. Setiap DUN ada 1 atau 2 gelanggang rakyat. Sekarang bila dah bina 
gelanggang rakyat , ianya tidak terurus.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

Beberapa pautan mengenai Gelanggang Rakyat :

Sebanyak 72 lagi gelanggang rakyat bagi fasa kedua akan dibina di Negeri 
Sembilan secara berperingkat mulai Ogos ini bagi kemudahan masyarakat tempatan 
terutama golongan belia untuk beriadah, berinteraksi dan bersukan.
http://www.gofutsal.com/modules/news/article.php?storyid=1993

PEMBINAAN GELANGGANG RAKYAT

Pembinaan Gelanggang Rakyat di Taman Bahau dan Palong 1. Dengan pembinaan 
gelenggang rakyat di Taman Bahau dan Palong 1 memudahkan golongan belia 
menyertai secara aktif dalam aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Keranjang dan 
badminton. Gelanggang ini dengan usaha YB V.S. MOGAN ADUN JERAM PADANG dalam 
kos RM 100,000 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
http://vsmogan.blogspot.com/2009/03/gelenggang-rakyat.html

117 Gelanggang Sukan Rakyat KBS Dijangka Siap Akhir Tahun Depan
http://medkom.my/berita/117-gelanggang-sukan-rakyat-kbs-dijangka-siap-akhir-tahun-depan.html





Kirim email ke