Assallamu "alikum wbt. saudara Muslimin dan Muslimat sekalian.

Saya mahu kongsi suatu cerita ya itu cerita tentang hiburan yang di
ceritakan oleh seorang  Guru ku.

Menurut kata nya dalam Islam tidak salah berhibur asalkan halal.Lebih lebih
lagi berhibur adalah fitrah semula jadi manusia.Islam tidak melarang
tuntutan fitrah semula jadi.

Di antara hiburan manusia ialah pertemuan lelaki dan perempuan atau dengan
kata kata yang lain ialah melakukan perhubungan perkahwinan di antara lelaki
dan perempuan.Boleh lah bersuka suka, bergurau senda, melakukan hubungan
jenis bahkan Islam menyuruh berbuat demikian demi membaik kan hati kedua dua
nya.

Tapi kita perlu ingat, ia nya adalah sampingan dalam hidup perkahwinan dan
bukan matlamat.Ia akan berlaku dan terjadi dengan sendiri nya samada kita
fikirkan atau tidak.Dia pakej semula jadi di dalam menegakkan cita cita
perkahwinan.

Tujuan perkahwinan ialah kerana hendak menegakkan cita cita Islam.Jadi
hiburan dalam perkahwinan hanya lah sampingan.Ia terbawa sekali dalam
mengejar matlamat perkahwinan itu.Tetapi ianya bukan lah matlamat dalam
perkahwinan itu sendiri.

 Jadi apabila kita katakan perkahwinan itu tujuan nya bukan untuk berseronok
, tidak bererti kita tidak boleh berseronok di antara suami isteri.Setelah
menjadi suami isteri, berhiburlah, berseronoklah.

Dalam ajaran Islam matlamat perkahwinan adalah besar, lebih agung dan lebih
suci.






Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang,
Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Kirim email ke