Salam, Kepada rakan-rakan sekalian.
Adik perempuan saya telah mengalami kemalangan jalanraya pada 17/04/09 yg lalu (motosikal -adik saya pembonceng). Adik saya mengalami head injury - pendarahan di otak sebelah kanan tetapi doktor menyatakan tidak memerlukan operation. Setelah beberapa hari koma, akhirnya dia mulai sedar namun keadaannya begitu menyedihkan. Doktor menyatakan adik saya mengalami masalah saraf di sebelah otak kanan menyebabkan sebelah kiri badannya (kaki dan tangan) tidak berfungsi dan kejang. Dia masih tidak boleh bercakap, hanya minum susu mengunakan tiub, masih lagi dlm keadaan separuh sedar. Tetapi anehnya pihak Hospital Ipoh (their service...masyaAllah....hanya Allah je yg tahu) telah menyatakan adik saya telah boleh pulang ke rumah. Hairan sungguh saya dgn keadaan physical adik saya seperti itu mereka boleh suruh jaga kat rumah aje. Namun setelah pebincangan kami adik beradik, semalam saya telah berjaya memindahkannya ke salah sebuah Hospital di sebelah selatan supaya lebih dekat dgn ahli2 keluarga. Itu pun menggunakan van ikhsan dari Universiti tempat adik saya menuntut. Nak harap Hospital (ambulan sampai ke lusa full katanya) Saya ingin pertolongan dari rakan2 kepada yg pernah mempunyai pengalaman ttg mangsa kemalangan head injury yg separuh sedar supaya dapat berkongsi pendapat dgn saya. Saya ingin tahu jika ada rawatan secara islam (ustaz-ustaz), tukang urut atau apa2 sahaja rawatan alternatif supaya adik saya dapat pulih dan sihat semula secara normal. Kasihan saya dgn nasib adik saya ini, kerana kemalangan itu berlaku seminggu sebelum dia menghadapi final exam di final semester. Dijadualkan menjalani latihan praktikal 25/05/09 ini. Kini terpaksalah adik saya mennagguhkan penggajiannya. Doa saya semoga kalian dpt membantu adik saya ini. Segala jasa baik tuan2 dan puan2 hanya Allah swt shj yg dpt membalasnya. Wassalam. Raz
